Yang ni ceghita benau keghana aku yang mengalaminya.
Kalau nak ke masjid Al Abrar Semabok, aku akan ikut jalan potong dan akan melalui tanah perkuburan di sebelah Masjid.
Tadi semasa lalu, tiba-tiba aku teghingat kisah antagha aku dan ayah di tanah perkuburan di Musai.
Ceghitanya macam ni ya. Kalau pembaca ghasa takut, itu perkagha biasa.
Masa saya skolah ghendah dulu, kadang-kadang ayah bawak aku balik naik motor Lambretta. Kadang-kadang ni maksud aku bila ayah dipanggil ke sekolah sebab Guru Besau nak jumpa. Biasanya aku balik naik bas. Saban haghi, aku akan menyusuri tanah perkuburan Musai.
Ada sekali tu, semasa aku dan ayah di atas motor Lambretta, bila sampai sahaja di kawasan perkuburan tu, aku macam terdengau ayah bercakap atau membaca sesuatu. Aku diam membatu. Takut nak tanya dan tak nak ambik tahu. Bila dah sampai rumah, ayah aku cakap.
'Lain kali, bila lalu kubur bagi salam kat yang dalam kubur tu'
Aku tanya camna nak bagi salam, dan ayah pun kata 'assalamualaikum ya ahlil kubur'.
Mayat tu dengar ke, ayah? Tanyaku sambil ayah aku menjeling tajam.
Setiap kali aku balik dari sekolah, aku akan bagi salam kat penghuni kubur. Pada satu petang, bila ayah aku balik daghi kerja, dia tanya samada aku ada bagi salam masa lalu kat kubur tadi. Aku kata ada, tapi dalam hati.
'kenapa baca dalam hati?' tanya ayah.
Aku pun jawab
'kalau bagi salam kuat-kuat takut semua mayat tu jawab salam.'
No comments:
Post a Comment