Di satu daerah terpencil di Kepulauan Solomon, penduduknya mengamalkan kehidupan berpindah randah. Komuniti tersebut tidak mempunyai peralatan moden untuk bertani. Tetapi mereka tiada sebarang masalah untuk menjatuhkan pokok-pokok untuk melapangkan kawasan untuk dijadikan tapak penempatan dan bercucuk tanam.
Apa yang mereka lakukan agak unik. Mereka akan berkumpul mengelilingi sebatang pokok dan mereka akan berjoget, menghentak-hentakkan kedua-dua belah kaki ke tanah sambil memarahi, memaki, mencaci pokok yang ingin dijatuhkan.
Dengan kuasa ALLAH, lama kelamaan, pokok tersebut mula menampakkan kelayuan pada daunnya, kekeringan pada dahan-dahanya dan akhirnya pokok tersebut akan mati.
Proses ini mengambil masa yang agak lama. Begitu juga dengan kehidupan kita. Kalau sentiasa dimarahi, dicaci, dimaki, dihina, dihambur dengan kata nista, kita akan layu dan tidak bermaya.
Akhirnya kita tersungkur di bumi bertuah.
sebelum pokok itu mati ramai juga orang yg mengelilingnya mati dulu
ReplyDelete