4 Mei 1997, Ahad.
Pusat Sains Negara.
Aku terpaksa rela mengikut abg ipar dan kakak aku ke Pusat Sains Negara. Malam sebelum tu, aku bermalam di rumah mereka di Pandan. Esoknya dapat panggilan talipon, mak dan ayah aku akan ke Pusat Sains Negara kerana anak buah aku, Norazihan Sakri, akan berada di sana beserta rombongan sekolah dari Pekan, Pahang. Pagi Ahad tu, lepas sarapan kami pun pergi ke Pusat Sains Negara.Sesampai aje di sana, aku bersalam dgn kedua ibubapaku. aku dan abg ipar terus masuk ke ruang pameran dan mula menilai tahap ilmu sains kami. hehehe. aku bergurau dengan abg ipar aku. aku kata "lawa2 cikgu skolah ni. ghasa macam nak kawenlah pulak..". aku dan abg iparku terus tergelak.
Setelah beberapa ketika, salah seorang anak buah aku yang ikut ayah dan mak aku, Ahmad Rifdi Rosle, semacam hilang dari pemantauan semua. Aku pun memulakan langkah pencarian. semasa aku mencari, aku ternampak kelibat seorang wanita, berbaju kurung merah dan duduk di kerusi. Agak jauh juga dari tempat aku berdiri kerana aku tidak nampak dengan jelas wajahnya. tiba2 terdetik di hati aku "kalau aku nak kawen, inilah orangnya". Aku tak tahu kenapa hati ini terdetik begitu.
Buah kundang, limau purut.
Sekali pandang, kanda terpaut.
Di penghujung lawatan, aku dan ahli keluarga pun berkumpul di luau bangunan, betul2 di bawah kubah. Kebetulan gadis berbaju merah pun menghampiri dan abg ipar aku berseloroh dgn mak aku. katanya, "mak, anak bujang mak dah gatal nak kawen". Mak aku pun kata, "kalau dah ada calon, esok mak kawenkan." Aku pun dengan tidak semena2 menunjukkan ke arah gadis berbaju merah tu sambil berkata, "tu ha.. yang sdg berjalan tu"
8 Mei 1997, Khamis.
Taman Kinrara.
Setelah berjaya mendapatkan no talipon sekolah awek berkenaan, aku pun mendail. Padahal, no talipon tu, aku boleh mintak dari kakak aku, rosmah. Tapi, tak nak kecoh2. Bila panggilan berjawab, aku pun berkata, "boleh saya bercakap dengan cikgu nornaliza binti omar?". Kedengaran nama cikgu nornaliza dipanggil dan tak lama kemudian dia berkata "hello" dan aku pun beri salam. "Mungkin cikgu tak ingat saya, tapi saya adik cikgu rosmah, kita ada berjumpa masa di Pusat Sains Negara, ahad lepas." Belum sempat aku meneruskan, tiba2 cikgu nornaliza berkata, "saya sibuk skrg ni. nak kemas brg2, sebab nak habis prktikal dan nak balik kg. apakata en rosman ambil no talipon saya di Melaka?". Aku apa lagi, terus meminta no talipon di Melaka dan berjanji akan menalipon dia pada hari Sabtu akan dtg.
10 Mei 1997, Sabtu.
Taman Kinrara.
Seperti yang dijanjikan, aku menalipon no yg diberi. ada suara lelaki, garang dan garau menjawab. "hei Liza, ada lelaki nama Rosman nak cakap dengan kau." Berdeghau daghah aku sekejap.
"assalamualaikum en rosman.""waalaikumsalam cikgu nornaliza. biau saya terus aje apa yang hendak disampaikan. Tujuan saya menalipon cikgu Nornaliza adalah untuk berkenalan dan kalau ada jodoh, hendak berkahwin. Umur saya dah 30, masa nak rewang2 dah tamat. Kalau cikgu Nornaliza setuju dengan niat saya, saya akan berikan no talipon rumah saya dan cikgu taliponlah saya. Jika tidak, setakat inilah perkenalan kita."Beliau terkedu sebentar sebelum meminta aku memberikan no talipon rumah, dan memberitahu yang dia akan kembali semula ke maktab pada hujung minggu hadapan.
Saban malam aku menunggu panggilan yang tak kunjung tiba. Masuk minggu yang berikutnya, tanggal 20 Mei 1997, aku menerima panggilan dari cikgu Nornaliza. Hatiku terus gembira kerana nampak macam beliau setuju dengan syarat aku yang sebelum ni. Maka selang semalam, dia bergayut di talipon sementara aku baring di sofa. hehehe.
9 Jun 1997, Isnin
Taman Kinrara.
Setelah beberapa minggu berbual di talipon, maka aku fikir hari ini adalah harinya untuk aku melamar. Setelah berbual seperti biasa, aku pun mulakan bicara ke arah secara rasminya mengajak cikgu Nornaliza jadi isteri aku. Maka, aku pun beranikan diri, dalam gementar suara, aku pun berkata, "ingat lagi tak apa yang saya cakap masa mula2 saya call di merlimau?". Beliau buat2 tak ingat, malu2 kucinglah tu.... Aku pun ulang kembali apa yang aku cakapkan. "Saya ingin mengambil cikgu Nornaliza menjadi isteri saya yang sah. Setuju.?" Suasana menjadi kaku dan dia tidak memberikan sebarang respons buat seketika. Denagn nada perlahan, belaiu berkata "kena tanya abah.". Aku pun menytakan hasrat utk berjumpa dengan abah dia dan minta dia balik kg dan tetapkan tarikh. Bil talipon malam tu berjumlah lebih dari rm88.00, tapi berbaloi-baloi.... hehehe
14 Jun 1997, Sabtu
Felda Chemomoi
Aku, kakak dan abg ipar aku meninggalkan kl dan menuju ke pekan Bahau untuk bertemu dgn bakal bapak mertua aku kerana kami tidak tahu di mana letaknya Felda Chemomoi. ALLAH permudahkan urusan aku, dgn mudahnya bakal bapak mertua ku menegur aku "rosman ke?". Maka kami pun bergeraklah ke Felda Chemomoi dari Bahau.
Sesampai ajer kami di sana, cikgu Nornaliza menyambut aku dan buat kali pertamanya, aku menatap wajah cikgu Nornaliza secara berdepan, terpegun aku dengan keayuan dan senyum manisnya. Oh Nornaku...
Nampak cantik, berkain batik.
Lagi anggun, berbaju kebaya.
Wajah adik, memang cantik.
Abang terpegun, tidak bermaya.
Tujuan kami ke sana hanyalah untuk memperkenalkan diri. Abg ipar aku diberikan tugasan sebagai wakil. Tanpa disangka2, perbulan biasa menjadi penetap tarikh bertunang dan juga hantaran. Aku pulang dengan satu kepuasan. hehehe. Aku nak kawen tak lama lagi.
22 Jun 1997, Ahad.
Felda Chemomoi.
Aku dan cikgu Nornaliza diikat dengan tali pertunangan. Maka, denagn rasminya, aku menjadi tunangan seseorang. Gembira sesangat. Gemuruh pun ada. Maklumlah, aku ni jejaka pemalu... kih kih kih.
6 September 1998, Ahad.
Felda Chemomoi.
Aku dan cikgu Nornaliza dinikahkan di Masjid Felda Chemomoi. Maka bergelarlah kami suami isteri, yang tidak sempat bercinta sebelum nikah. Maka bercinta sakanlah kami berdua setelah bernikah. Boleh pegang-pegang. Boleh pandang-pandang. Dapat pahala beb.....
Buah delima, buah duku.
Sudah lama, kanda menunggu.
Hari ini, 6 September 2012, genap 14 tahun kami mendirikan rumahtangga. Kami dikurniakan dua cahaya mata lelaki. Cahaya mata perempuan sedang kami usahakan bagai nak ghak... kah45x. Pantang lepa, on.... hehehe. Doa dan pengharapan aku agar perkahwinan kami sentiasa di bawah rahmatNYA. Biarlah kematian yang memisahkan kami.
Buah delima rasanya kelat
Pohonnya rendang daunnya jarang
Makin lama kuat melekat
Makin dipandang bertambah sayang
Manis-manis gula melaka
Tidak semanis si air tebu
Malam pertama aku tak leka
Cepat nau masuk beradu
Dua tiga kucing berlari
Manakan sama si kucing belang
Sudah lama aku mencari
Dah jodoh tiada menghalang
Buah delima rasanya kelat
Pohonnya rendang daunnya jarang
Makin lama kuat melekat
Makin dipandang bertambah sayang
Manis-manis gula melaka
Tidak semanis si air tebu
Malam pertama aku tak leka
Cepat nau masuk beradu
Dua tiga kucing berlari
Manakan sama si kucing belang
Sudah lama aku mencari
Dah jodoh tiada menghalang
Well, somehow i co-own the Cerekarama, ...though my name un-mentioned (mmg KUNYIT-lah si dikman nih)..i am happy for both of you, and the 2 heroes that Allah Has Blessed upon you..and shall i wait for the 'girl' in the making? ...7putihcomel
ReplyDeletehehehe...
Deletestill trying for a girl or two. insyaALLAH.
Siapa yang tak dapat kredit tu? hehehe...bagilah cenderahati penawar hati kat org tu :P . I remembered you told me about this but it is great to see it in print. You should seriously write a book with all the humour intact. Amacam? :-)
ReplyDeleteAmacam?
Deletehehehe
Macam cite dlm novel jerrr....hmmmmm...
ReplyDeletekesimpulannya cinta selepas kahwin lebih manis ya. Boleh ditulis menjadi novel, dik man. pasti best seller.
ReplyDelete