Saturday, 29 September 2012

Ulasan belanjawan.

Selama saya mengikuti pembentangan belanjawan sejak saya belajar ekonomi  suatu ketika dulu, rakan2 dari parti pemerintah akan memberikan ulasan yang baik tentang belanjawan yang dibentangkan. Terlempar senyuman dari mereka apabila disuakan mikropon. Esok pula terpampang di dada-dada akhbar utama komentar yang diberikan.

Berlainan pula dengan parti pembangkang. Setiap belanjawan yang dibentang akan dikaitkan dengan gula-gula atau pancing undi. Tidak ada satu pun isi kandungan belanjawan yang dikatakan baik dan membantu rakyat. Akan ada saja komentar negatif yang diberi.

Itu perkara biasa. YB dan penyokong kerajaan MESTI dilihat menyokong apa yang dibentangkan. YB dan penyokong pembangkang MESTI dilihat menentang apa yang dibentangkangkan.

Satu lagi, bagi yang tidak setuju, mereka membuat ulasan berasaskan ketidakpercayaan akan kemampuan pihak kerajaan. Itu lumrah kerana dah nama pun pembangkang.

Akan datang, harap-harap tidak akan berlaku, apabila Anwar jadi PM dan beliau bentangkan belanjawan, komentar-komentar secara otomatik akan bertukar.

Dipendekkan cerita, ramai dari kita bila memberi komen cuma berasaskan sentimen menyokong atau menentang apa yang dibentangkan. Tidak ramai dari kita yang faham ekonomi dan kewangan tetapi bila bercakap seolah-olah dialah pakar. Nak sebut ceteris paribus pun terkial-kial, inikan pula untuk memahami maksud dan menghuraikannya.

Saya suka membaca ulasan tulus ikhlas dari pakar-pakar ekonomi yang tidak berhutang budi, body atau nyawa dengan Najib atau Anwar, ataupun mana-mana orang yang dilantik menjadi PM di masa hadapan.

No comments:

Post a Comment