Friday, 20 December 2013

Bagai jawi makan.

Makan.
Makan.
Makan.

Bila kita makan sesuatu makanan yang biasa kita makan, lepas baca Bismillah, kita bukak mulut dan terus makan. Kita dah tahu rasanya, masamnya, manisnya, pedasnya dsbnya.

Berbeza pula dengan makanan yg kita tak pernah makan. Kita akan berhati-hati sebelum makan. Kita akan bertanya macam mana nak makan makanan ni, apa ramuannya, siapa yang masaknya, atau beli kat mana, dan soalan-soalan macam tiada pengakhirannya. Bukannya apa, kita nak pastikan rasanya kita boleh terima. Al maklumlah, takut terbelahak pulak masa mengunyah. Betul tak?

Bila kita dah kurang rasa sangsi, kita akan gigit sedikit sahaja atau ambil setakat hujung sudu atau hujung jari, nak rasa dulu. Lepas tu kita kunyah perlahan-lahan sambil buat mimik muka macam tak suka. Bila kita rasa tak sedap, kita berhenti setakat tu je. Tapi bila sedap, kita habiskan apa yg diberi dan mungkin kita mintak lagi.

Bagai jawi makan, dimamah dahulu baru ditelan.

Berbeza pula dengan maklumat yang kita terima. Adakah kita berhati-hati sebelum kita menghebahkannya? Atau dapat aje, kita terus telan. Tak cukup dengan itu, kita belahakkan dan hidang pulak kat orang lain? Atau kita cari apa saja maklumat asalkan kenyang? Memang di internet mudah mendapatkan dan menyampaikan maklumat.

Anak jiran anda yang berusia belasan tahun mampu menulis di internet semudah itu, dengan menggunakan nama samaran. Dan anda mebacanya kerana ditulis seorang yang berkaliber, jujur dan pakar dalam bidangnya.

Sedangkan ikan di pasar kita memilih yang terbaik untuk dihidangkan, inikan pulak perkara yang mungkin ada kaitan dengan fitnah.

Jika kita tidak memilih maklumat, tidak mengasingkan mana yg betul mana yg salah, semua kita anggap betul belaka, tiadalah beza dengan resmi babi yang makan apa sahaja, dan terus makan walaupun kenyang. Tak dapat dicari, disondolnya tanah, hingga terkeluar cacing dari hidungnya.

Nauzubillah.

No comments:

Post a Comment