Tuesday, 17 July 2012

Ramadhan datang lagi.



Assalamualaikum.,

Bersempena dengan kehadiran Ramadhan
Jutaan keampunan saya pohonkan
Sepuluh jari saya susunkan
Salah silap harap maafkan
Makan minum harap dihalalkan
Kekasaran bahasa harap diampunkan
Peluang datang lagi untuk proses pembersihan
Tiada perlu memorandum untuk diserahkan
Tiada demonstrasi hendak diadakan



Berperanglah kita dengan hawa nafsu
Menahan lapar dahaga hingga lesu
Menggagahi semua ujian itu
Mengabdikan diri pada yang SATU
Hanya satu pintaanku
KAU perkenankanlah hajatku 



Ramadhan datang lagi
Suka duka silih berganti
Apa lagi yang dinanti
Beribadatlah sepenuh hati 



Sebulan menahan lapar dahaga
Dari subuh hingga senja
Pelbagai dugaan datang menduga
Terasa nikmat waktu berbuka



- al fahmi-
d3
17 Julai 
27 Syaaban

Wassalam

No comments:

Post a Comment