Sunday, 22 July 2012

Tip menghangatkan kamar tidur anda - Bahagian 2

Kali ini, betul-betul serius.

Ambil halia, sebesar ibu jari, dihiris-hiris.
Masukkan dalam kole dan diisi air dua gelas besau.
Letakkan di atas dapur dan nyalakan api.
Masukkan halba, ikut suka hati anda.
Campakkan mata kucing kering 10 biji.
Campakkan kurma merah 10 biji.
Campakkan kurma hitam 10 biji.

Renehkan campuran hingga mendidih.
Tutup kole tapi jangan dipadamkan api dapur.
Kecilkan api dapur.
Biarkan selama 10 minit.
Campurkan gula melaka, ikut suka hati anda.

Ambil dua mug.

Bahagi dua isi dan air minuman.
Anda ambil satu mug, dan beri pada isteri anda satu mug.


Sambil minum, bagi hint yang anda hendak hangatkan kamar tidur.
Kalau isteri faham, beruntunglah anda.
Kalau isteri tak faham, cakap ajer terus terang.
Laki binilah katakan.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment