Al kisahnya, diceriterakan tentang dua sahabat baik yang menuntut ilmu silat dengan seorang mahaguru yang cukup hebat. Setelah cukup latihannya, mereka berdua terpilih untuk memasuki fasa terahir latihan.
'Saya kagum dengan pencapaian yang cucu berdua tunjukkan selama di sini. Kamu berdua telah menjalani latihan dengan cukup baik sekali dan melepasi semua halngan yang menguji kecekapan minda, ketangkasan kudrat. Maka dengan itu, kamu berdua hendaklah bertapa sepurnama lamanya di sebuah gua di atas Gunung Tangsi. Sebaik sahaja kamu meninggalkan tempat ini, kamu dilarang untuk berbual dengan mana-mana manusia sehingalah kamu kembali ke sini. Barangsiapa yang berbual dengan mana-mana manusia selama pertapaan, dianggap telah mengingkari syarat dan peraturan perguruan silat.'
Setelah mendengar kata-kata amanat dari mahaguru, bersiap sedialah sahabat berdua untuk memulakan pertapaan. Tiba harinya, berangkatlah mereka berdua menuju ke Gunung Tangsi. Sepanjang perjalanan, tiadalah sebarang perbualan antara mereka, seperti yang diamanatkan oleh mahaguru. Begitu jugalah sepurnama pertapaan, tiada sebarang perbualan antara mereka berdua.
Setelah genap sepurnama, berangkatlah kedua sahabat tersebut meninggalkan gua dan menuju ke rumah mahaguru. Pada hari ke lapan perjalanan, tibalah mereka di sebatang sungai yang mereka tidak jumpai semasa datang ke gua. Kedua sahabat merasa amat hairan tetapi tidak menyuarakan rasa hati kerana masih terikat dengan amanat mahaguru.
Setibanya di sebuah jeram, kedengaran ada suara meminta tolong. Mereka berdua menghampiri dan melihat ada seorang wanita seakan kelemasan.
'Tolong saya tuan hamba. Saya tidak tahu berenang.' jerit wanita tersebut dengan nada cemas sambil melambai-lambai tangan meminta pertolongan.
Sahabat yang lebih tua, terus terjun dan menyelamatkan wanita tersebut. Sampai sahaja ke tebing, wanita itu mengucapkan terima asih dan bertanyakan nama sahabat yang menyelamatkannya.
'Nama saya Aduka.' seraya memberi isyarat pada sahabatnya supaya meneruskan perjalanan.
Sahabat yang satu lagi tergamam dan menyuarakan kebimbangan kerana Aduka sudah melanggar amanat mahaguru. Kerisauannya diluahkan berkali-kali tanpa dipedulikan Aduka. Akhirnya tibalah mereka berdua di rumah mahaguru dan disambut di serambi. Belum sempat mahaguru bertanya khabar, kisah Aduka diceritakan.
Dengan tenang Aduka menjawab,
'Sudah sepurnama lamanya aku meletakkan wanita tersebut di atas batu, dan kamu masih bercakap mengenainya sehingga ke hari ini?
No comments:
Post a Comment