Seorang penceramah yang terkenal memulakan seminar dengan memegang duit RM50, sambil bertanya kepada hadirin,
'Siapa nak RM50?'
Para hadirin mula mengangkat tangan. Penceramah itu berkata,
'Saya akan memberi RM50 kepada seseorang tetapi saya ingin berbuat sesuatu terlebih dahulu.'
Dia lalu melipat-lipat duit tersebut dalam genggamannya sehingga menjadi bola yang kecil, dan bertanya,
'Siapa masih inginkan RM50 ini?'
Tangan hadirin tetap diangkat.
'Ok, apa jadi jika saya buat macam ni?'
Dan dia mencampakkan duit ke atas lantai dan mula memijak-mijak dengan tapak kasutnya sehingga duit itu menjadi keronyok dan kotor.
'Sekarang, siapa masih inginkan RM50 ini?'
Tangan masih diangkat walaupun dah banyak berkurangan.
'Para hadirin, kamu telah belajar sesuatu yang amat berharga pada hari ini. Tidak kira apa yang saya lakukan pada duit RM50 ini, kamu masih inginkannya kerana kamu tahu nilainya tidak berkurangan. Nilainya tetap RM50. Banyak kali dalam hidup kita, kita tersungkur, jatuh, dipijak dan dihina akibat tindakan kita dan situasi yang kita lalui. Kadang-kadang merasakan diri tidak bernilai. Hakikatnya, tidak kira apa yang sudah berlaku atau yang akan berlaku, kita tidak akan hilang nilai diri. Kepada orang yang menyayangi kamu, anda tidak ternilai. Nilai diri kita ditentukan oleh siapa kita yang sebenarnya, bukan apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal.'
hmmm...lepas tu dia bagi tak RM50 tu?
ReplyDeletehahaha.
ReplyDeleteSudah tentu.
ramai yang menilai diri mereka melalui "Cermin Sosial", dan malangnya mereka telah melihat pada cermin yang salah.
ReplyDelete