Saturday, 29 September 2012

Ulasan belanjawan.

Selama saya mengikuti pembentangan belanjawan sejak saya belajar ekonomi  suatu ketika dulu, rakan2 dari parti pemerintah akan memberikan ulasan yang baik tentang belanjawan yang dibentangkan. Terlempar senyuman dari mereka apabila disuakan mikropon. Esok pula terpampang di dada-dada akhbar utama komentar yang diberikan.

Berlainan pula dengan parti pembangkang. Setiap belanjawan yang dibentang akan dikaitkan dengan gula-gula atau pancing undi. Tidak ada satu pun isi kandungan belanjawan yang dikatakan baik dan membantu rakyat. Akan ada saja komentar negatif yang diberi.

Itu perkara biasa. YB dan penyokong kerajaan MESTI dilihat menyokong apa yang dibentangkan. YB dan penyokong pembangkang MESTI dilihat menentang apa yang dibentangkangkan.

Satu lagi, bagi yang tidak setuju, mereka membuat ulasan berasaskan ketidakpercayaan akan kemampuan pihak kerajaan. Itu lumrah kerana dah nama pun pembangkang.

Akan datang, harap-harap tidak akan berlaku, apabila Anwar jadi PM dan beliau bentangkan belanjawan, komentar-komentar secara otomatik akan bertukar.

Dipendekkan cerita, ramai dari kita bila memberi komen cuma berasaskan sentimen menyokong atau menentang apa yang dibentangkan. Tidak ramai dari kita yang faham ekonomi dan kewangan tetapi bila bercakap seolah-olah dialah pakar. Nak sebut ceteris paribus pun terkial-kial, inikan pula untuk memahami maksud dan menghuraikannya.

Saya suka membaca ulasan tulus ikhlas dari pakar-pakar ekonomi yang tidak berhutang budi, body atau nyawa dengan Najib atau Anwar, ataupun mana-mana orang yang dilantik menjadi PM di masa hadapan.

Tuesday, 25 September 2012

Pantang - Bahagian 1





Dalam satu kariah masjid, semua pegawai syarak lelaki berkahwin pada tahun yang sama. Cuma bulan aje yang berbeza. Ada yang baru kali pertama, ada pula yang berkahwin semula dan ada yang menambah isteri.

Ditakdirkan isteri masing-masing mengandung. Pegawai syarak yang dah ada pengalaman, berkongsi ilmu dengan yang kali pertama kahwin dalam hal isteri mengandung, saat-saat kelahiran serta pantang larangnya.

Dalam tempoh kurang lebih dua bulan dari kelahiran pertama hingga terakhir, kesemua isteri berada dalam pantang dalam waktu yang sama.

Tiba-tiba berlaku satu kematian kepada ahli kariah lelaki. Waris si mati pergi ke rumah pak imam untuk memberitahu tentang kematian dan urusan pengkebumian. Diarahkan si waris pergi ke rumah bilal. Pak Bilal mengarahkan si waris ke rumah Tok Noja.

Pening kepala si waris dibuatnya. Dari rumah Pak Imam, ke rumah Pak Bilal dan ke rumah Tok Noja, semua tidak mahu uruskan jenazah.

Apabila ditanya, kata mereka, mereka ada anak kecil, jadi bahaya kalau uruskan jenazah.
















Friday, 14 September 2012

Bila telur digenggam orang.

Cghita pasal telur.

Telur bukan sebarang telur
Penyu bertelur diintip orang
Terliur bukan sebarang terliur
Bila telur digenggam orang

Bila telur digenggam, si wanita bisa meminta apa saja.
Mintak Blackberry, dapat Ferrari.
Kekadang memberi lebih dari yang diminta.
Maklumlah, nak lepaskan diri dari kesakitan, apa diminta akan diberi.

Bayangkan jika orang yang kita harapkan untuk memimpin.
Cuba gunakan kewarasan sejenak.
Telurnya dalam genggaman orang lain.
Apalah yang akan digadaikan untuk melegakan senak.

Tuesday, 11 September 2012

Taubat sambal belacan.

Anda tahu cagha nak masak nasik?
Tahu kan?

Anda tahu tumbuk sambal belacan? Tahu? Tak tahu? Teruskan membaca.

Ok. Bila-bila lapang, anda masak nasik. Agak-agak bila nasik tu dah nak masak, anda tumbuk sambal belacan.

Ambil cili merah beberapa batang.
Tumbuk dalam lesung batu.
Masukkan sedikit belacan. ( lebih wangi kalau belacan dipanggang barang seketika ya...)
Tumbuk hingga lumat.
Keluarkan sambal belacan dan tinggalkan sedikit di dalam lesung tadi.

Bila nasik dah masak, ambik sesenduk nasik yang sememangnya cukup panas.
Masukkan ke dalam lesung.
Gunakan sudu dan dikaut sekali dengan sambal, masukkan dalam pinggan.
Jangan lupa perahkan sedikit limau.

Apalagi, bukak mulut dan suapkan ke dalam mulut sendiri.
Pergh!

Ada ikan masin?

Lagi menyentap.

Inilah ramuannya untuk melawan mulut atau bibir pecah ketika aku kecik2 dulu.
Meleleh segala air liur dan hidung beb...

Cubalah...

Monday, 10 September 2012

Gotcha!

At a dinner party, a group of housewives were looking for a table. All were occupied until they saw a table with only two people sitting. After asking politely, they were ushered to sit at the table.

These housewives were talking and gossiping about their marriage. The couple who arrived earlier did not join the conversation but sometimes they shared a good laugh. Basically, the housewives were complaining about their lack of decision making. Most argued that their husbands decided on almost every aspects of their daily lives.

'Even he bought me the red lingerie for our 20th wedding anniversary. I had no choice but to wear that that night.' quipped one lady.

'Maybe your husband were fantasising about another girl when he bought and asked you to wear that red lingerie.' teased the fat lady and the they all burst into laughter.

All of a sudden, the only man at the table interjected.

'You see, in our marriage, I let my wife decides on every aspect of our daily lives.' Suddenly, there was an eerie silence at the table. They stop laughing immediately and looked at the man and his wife. The wife continued with her dinner and smiled at the other ladies.

'Before we got married, I let her talk to our wedding planner. I brought in the jewellers and asked them to talk to her. The florist, the chefs and etc etc etc. You name it! All of then talk to her. I told them to send the bill to me. For our honeymoon, she decided on the country and package. Even she chose the date and duration. Until today, she decided what I should wear and when we went shopping, I let her pick my clothes. I have no complaint as long as she is happy.'

Some ladies listened with their jaw opened. They can't believe what they were hearing. As for the wife, she just smile and nodded without saying a word.

One lady asked, 'What do you decide then?'

'Oh... I decide whether to increase or lower the oil price. Or which dictator to oust and which puppet to install. And sometimes just maybe, which country we want to attack, bla bla bla bla...'

One by one the ladies left the dining table.

Wednesday, 5 September 2012

Manis-manis gula melaka.....


4 Mei 1997, Ahad.
Pusat Sains Negara.

Aku terpaksa rela mengikut abg ipar dan kakak aku ke Pusat Sains Negara. Malam sebelum tu, aku bermalam di rumah mereka di Pandan. Esoknya dapat panggilan talipon, mak dan ayah aku akan ke Pusat Sains Negara kerana anak buah aku, Norazihan Sakri, akan berada di sana beserta rombongan sekolah dari Pekan, Pahang. Pagi Ahad tu, lepas sarapan kami pun pergi ke Pusat Sains Negara.Sesampai aje di sana, aku bersalam dgn kedua ibubapaku. aku dan abg ipar terus masuk ke ruang pameran dan mula menilai tahap ilmu sains kami. hehehe. aku bergurau dengan abg ipar aku. aku kata "lawa2 cikgu skolah ni. ghasa macam nak kawenlah pulak..". aku dan abg iparku terus tergelak.

Setelah beberapa ketika, salah seorang anak buah aku yang ikut ayah dan mak aku, Ahmad Rifdi Rosle, semacam hilang dari pemantauan semua. Aku pun memulakan langkah pencarian. semasa aku mencari, aku ternampak kelibat seorang wanita, berbaju kurung merah dan duduk di kerusi. Agak jauh juga dari tempat aku berdiri kerana aku tidak nampak dengan jelas wajahnya. tiba2 terdetik di hati aku "kalau aku nak kawen, inilah orangnya". Aku tak tahu kenapa hati ini terdetik begitu.

Buah kundang, limau purut.
Sekali pandang, kanda terpaut.

Di penghujung lawatan, aku dan ahli keluarga pun berkumpul di luau bangunan, betul2 di bawah kubah. Kebetulan gadis berbaju merah pun menghampiri dan abg ipar aku berseloroh dgn mak aku. katanya, "mak, anak bujang mak dah gatal nak kawen". Mak aku pun kata, "kalau dah ada calon, esok mak kawenkan." Aku pun dengan tidak semena2 menunjukkan ke arah gadis berbaju merah tu sambil berkata, "tu ha.. yang sdg berjalan tu"

8 Mei 1997, Khamis.
Taman Kinrara.

Setelah berjaya mendapatkan no talipon sekolah awek berkenaan, aku pun mendail. Padahal, no talipon tu, aku boleh mintak dari kakak aku, rosmah. Tapi, tak nak kecoh2. Bila panggilan berjawab, aku pun berkata, "boleh saya bercakap dengan cikgu nornaliza binti omar?". Kedengaran nama cikgu nornaliza dipanggil dan tak lama kemudian dia berkata "hello" dan aku pun beri salam. "Mungkin cikgu tak ingat saya, tapi saya adik cikgu rosmah, kita ada berjumpa masa di Pusat Sains Negara, ahad lepas." Belum sempat aku meneruskan, tiba2 cikgu nornaliza berkata, "saya sibuk skrg ni. nak kemas brg2, sebab nak habis prktikal dan nak balik kg. apakata en rosman ambil no talipon saya di Melaka?". Aku apa lagi, terus meminta no talipon di Melaka dan berjanji akan menalipon dia pada hari Sabtu akan dtg.

10 Mei 1997, Sabtu.
Taman Kinrara.

Seperti yang dijanjikan, aku menalipon no yg diberi. ada suara lelaki, garang dan garau menjawab. "hei Liza, ada lelaki nama Rosman nak cakap dengan kau." Berdeghau daghah aku sekejap.

"assalamualaikum en rosman.""waalaikumsalam cikgu nornaliza. biau saya terus aje apa yang hendak disampaikan. Tujuan saya menalipon cikgu Nornaliza adalah untuk berkenalan dan kalau ada jodoh, hendak berkahwin. Umur saya dah 30, masa nak rewang2 dah tamat. Kalau cikgu Nornaliza setuju dengan niat saya, saya akan berikan no talipon rumah saya dan cikgu taliponlah saya. Jika tidak, setakat inilah perkenalan kita."Beliau terkedu sebentar sebelum meminta aku memberikan no talipon rumah, dan memberitahu yang dia akan kembali semula ke maktab pada hujung minggu hadapan.

Saban malam aku menunggu panggilan yang tak kunjung tiba. Masuk minggu yang berikutnya, tanggal 20 Mei 1997, aku menerima panggilan dari cikgu Nornaliza. Hatiku terus gembira kerana nampak macam beliau setuju dengan syarat aku yang sebelum ni. Maka selang semalam, dia bergayut di talipon sementara aku baring di sofa. hehehe.

9 Jun 1997, Isnin
Taman Kinrara.

Setelah beberapa minggu berbual di talipon, maka aku fikir hari ini adalah harinya untuk aku melamar. Setelah berbual seperti biasa, aku pun mulakan bicara ke arah secara rasminya mengajak cikgu Nornaliza jadi isteri aku. Maka, aku pun beranikan diri, dalam gementar suara, aku pun berkata, "ingat lagi tak apa yang saya cakap masa mula2 saya call di merlimau?". Beliau buat2 tak ingat, malu2 kucinglah tu.... Aku pun ulang kembali apa yang aku cakapkan. "Saya ingin mengambil cikgu Nornaliza menjadi isteri saya yang sah. Setuju.?" Suasana menjadi kaku dan dia tidak memberikan sebarang respons buat seketika. Denagn nada perlahan, belaiu berkata "kena tanya abah.". Aku pun menytakan hasrat utk berjumpa dengan abah dia dan minta dia balik kg dan tetapkan tarikh. Bil talipon malam tu berjumlah lebih dari rm88.00, tapi berbaloi-baloi.... hehehe

14 Jun 1997, Sabtu
Felda Chemomoi

Aku, kakak dan abg ipar aku meninggalkan kl dan menuju ke pekan Bahau untuk bertemu dgn bakal bapak mertua aku kerana kami tidak tahu di mana letaknya Felda Chemomoi. ALLAH permudahkan urusan aku, dgn mudahnya bakal bapak mertua ku menegur aku "rosman ke?". Maka kami pun bergeraklah ke Felda Chemomoi dari Bahau.

Sesampai ajer kami di sana, cikgu Nornaliza menyambut aku dan buat kali pertamanya, aku menatap wajah cikgu Nornaliza secara berdepan, terpegun aku dengan keayuan dan senyum manisnya. Oh Nornaku...

Nampak cantik, berkain batik.
Lagi anggun, berbaju kebaya.
Wajah adik, memang cantik.
Abang terpegun, tidak bermaya.

Tujuan kami ke sana hanyalah untuk memperkenalkan diri. Abg ipar aku diberikan tugasan sebagai wakil. Tanpa disangka2, perbulan biasa menjadi penetap tarikh bertunang dan juga hantaran. Aku pulang dengan satu kepuasan. hehehe. Aku nak kawen tak lama lagi.

22 Jun 1997, Ahad.
Felda Chemomoi. 

Aku dan cikgu Nornaliza diikat dengan tali pertunangan. Maka, denagn rasminya, aku menjadi tunangan seseorang. Gembira sesangat. Gemuruh pun ada. Maklumlah, aku ni jejaka pemalu... kih kih kih.

6 September 1998, Ahad.
Felda Chemomoi.

Aku dan cikgu Nornaliza dinikahkan di Masjid Felda Chemomoi. Maka bergelarlah kami suami isteri, yang tidak sempat bercinta sebelum nikah. Maka bercinta sakanlah kami berdua setelah bernikah. Boleh pegang-pegang. Boleh pandang-pandang. Dapat pahala beb.....

Buah delima, buah duku.
Sudah lama, kanda menunggu.

Hari ini, 6 September 2012, genap 14 tahun kami mendirikan rumahtangga. Kami dikurniakan dua cahaya mata lelaki. Cahaya mata perempuan sedang kami usahakan bagai nak ghak... kah45x. Pantang lepa, on.... hehehe. Doa dan pengharapan aku agar perkahwinan kami sentiasa di bawah rahmatNYA. Biarlah kematian yang memisahkan kami.

Buah delima rasanya kelat
Pohonnya rendang daunnya jarang
Makin lama kuat melekat
Makin dipandang bertambah sayang

Manis-manis gula melaka
Tidak semanis si air tebu
Malam pertama aku tak leka
Cepat nau masuk beradu

Dua tiga kucing berlari
Manakan sama si kucing belang
Sudah lama aku mencari
Dah jodoh tiada menghalang