Wednesday 29 August 2012

Shut up!!!!!!!!!!!!










Shut up!!!!!!!!!!

You will hear different sounds.

Shut up!!!!!!!!!!!

You will hear the sound of your children laughing. You will hear they say 'I love you'. You will hear your spouse asking a for a night out. Just the two of you.

Shut up!!!!!!!!!!!!

You will hear your parents pleading for your attention and time. You will understand how they feel growing old and lonely.

Shut up!!!!!!!!!!!!

You will hear what others say about you behind your back. You will know and take remedial actions, if necessary.

When we shut up once in a while, we will hear different sounds. Definitely. 

So take some time to shut up and pay attention to others.

Have a nice day my friends.

Thursday 23 August 2012

Kesah monyet kasanova dan gajah betina.



Cghita ni dah lama aku dengau. Cuma kali ni, aku ada 'keberanian' nak share dalam blog aku ni. Cghita ni mengisahkan tentang perilaku seseorang yang perasan hebat, walhal tiada sesiapa yang ambil pusing.



Cghitanya macam ni....


Ada seekor monyet jantan dalam hutan. Monyet jantan ni jenis monyet kasanova. Setiap kali binatang lain yang lalu tu betina, monyet ni akan usha. Nak ngorat. Kalau nasib baik, dapatlah 'one night stand'. Biasanya tak dapat. Dalam banyak-banyak binatang yang monyet tu perhatikan, ada sekor gajah betina seksi yang paling digeramkan. Banyak kali jugaklah diushanya, tapi gajah betina buat do no je..

Satu haghi, monyet tu bertekad untuk bertenggek belakang gajah betina paling seksi. Monyet tu ikut ajer ke mana gajah tu pergi. Apabila dah dikumpulkan keberanian, monyet tu pun mula bertanya...

'hai, I dah lama teringin nak bertenggek di belakang kau, wahai gajah betina paling seksi dalam hutan belantara ni. I tak tahan apabila melihat kau berjalan, punggung mu ke kiri, ke kanan... waduh...'

Gajah betina kelihatan seperti mengangguk tanda memberi kebenaran. Apa yang tidak diketahui monyet tersebut ialah, gajah jalan biasanya kepala mengangguk-angguk.

Terus monyet tu terjun dari atas dahan, dan landing kat belakang gajah. Apalagi, terus dihayunnya anu gajah betina tu. Dihayunnya tanpa henti dan dengan rakus. Gajah betina tu tak perasan pun yang ada monyet sedang mengerjakan anunya.

Gajah betina berjalan seperti biasa. Tiba-tiba gajah betina tersepak tunggul kayu dan menjerit dan monyet tu terjatuh daghi belakang gajah.

Dengan tanpa rasa malu, monyet berkata,

'sori ye darling, lain kali I buat pelan-pelan ya'.

Tuesday 14 August 2012

Perihal burung merpati






Dalam gambar di atas, ada dua belas ekor burung merpati sedang bertenggek di dahan sebatang pokok. Kalau seekor nak terbang, berapa yang masih tinggal?

Ada yang jawab sebelas.

Kenapa begitu ya?

Kerana dalam masyarakat Melayu Islam, nak bermaksud dah buat. Atau pun nak sudah memadai dan dianggap sebagai baik.


Pada hakikatnya, tinggal dua belas. Kerana yang seekor tu baru nak terbang. Bukan dah terbang.

Dalam kehidupan seharian kita, kita selalu menyamakan nak dengan dah buat. Nak dan dah buat adalah dua perkara yang amat berbeza.

Yang selalu menggembar-gemburkan perkara-perkara yang akan dibuat adalah mereka yang hidup bergelumang dalam dunia politik. Ramai yang baru bercakap nak buat, isu tersebut disebarkan di serata Malaysia seolah-olah telah dilaksanakan. Golongan ini biasanya berada di pihak yang hanya tahu bercakap tetapi tidak mahu atau tidak tahu melaksanakan apa yang dicakap. Dan mereka juga suka dan hanya tahu menyalahkan orang lain.

Berbanding dengan mereka yang mampu dan sedang atau sudah melakukannya, golongan ini tidak banyak mendapat liputan atau digembar-gemburkan. Dan kalau ada pun, hanyalah diketengahkan kekurangan dari segi perlaksanaanya oleh mereka yang hanya tahu bercakap sahaja.

Saturday 4 August 2012

Tip ke Pasar Ramadhan.

Untuk mengelakkan:-


1. Sabar anda dicabar,
2. Rasa malu dilihat atau diperhatikan orang ramai,
3. Anda menarik muka masam,
4. Tangan anda tercubit,
5. dan semua yang sewaktu dengannya.


JANGAN bawa anak-anak yang baru diajar berpuasa ke Pasar Ramadhan.

Thursday 2 August 2012

Den lupo.

Ni ha den nak koba sikit.


Den hampir setiap bulan  bawak ayah den pi ambik pencen kat bank. Ayah den ni ha bekas polis marin Singapura. Jadik, pencen dia dibayar Government of Singapore.


Ayah den dah tak kuek nak jalan, jadik berkerusi rodalah gamaknya. Susah nak kulau masuk keta, pastu nak ditolak masuk dalam bank. Sib baik Assistant Bank Manager (ABM) tu dah kenal den dengan ayah den. Tak payahlah ayah den kulau keta. Biasanya, denlah yang uruskan. Yang ayah den tahu, tiba masa, dia terima duit pencen, tanpa perlu masuk bank.


Setiap kali sebelum den kulau keta, den akan bergughau dengan ayah den. Den kato 'Jangan laghi'. Ayah den akan ketawa tanpa bersuara. Baghulah den kulau keta pi masuk bank.


Pagi Selasa den bawak ayah den pi bank nak ambik pencen. Masa nak kulau keta, den lupo nak pesan kat ayah den jangan laghi. Den pun terus masuk bank, jumpa ABM, ambik borang dan tuju semula ke keta nak sughuh ayah den sign borang bank. Bilo den bukak pintu keta, ayah den pandang tepat kek mato den dan cakap ' aku tak laghi '. Lepas tu kami berdua sama-sama ketawa.