Buat julung kalinya, Saya menganjurkan pertandingan berpantun di blog ini. Pertandingan ini dibuat secara suka-suka sebagai menghargai rakan2 semua di samping mengenengahkan bakat berpantun.
Pertandingan ini bukanlah acara berbalas pantun. Cuma anda bleh menghantar seberapa banyak pantun yang anda suka.
Saya yang akan mengadilinya dan membuat keputusan pantun yang terbaik. Hanya seorang sahaja yang akan menerima hadiah di atas.
Pantun kali ini bertemakan Maulidir Rasul. Dan perkataan RASUL mesti digunakan dalam pantun anda.
Pertandingan ini bermula sekarang sehingga hari Jumaat 3 Februari 2012 jam 11.59:59 minit malam.
Hadiah untuk pertandingan kali ini. |
pokok sentul tinggi pokoknya
ReplyDeletedibuat rebusan dari akarnya
lahirnya Rasul penyelamat dunia
seribu pengajaran dari ilmunya
terima kasih.
DeleteApakah itu Isim Mausul?
ReplyDeleteSoalan dari Ustaz Atan,
Berkahwin 4 sunnah Rasul,
Kenapa yg itu jadi rebutan?
Sekian , macih!
-alangbuana-
terima kasih cik puan alangbuana
DeleteKahwin empat tidak dimudahkan
DeleteSatu persen pun payah jumpa
Kemudahan Allah jangan disiniskan
Hanya ingatan jangan celupa
wahai en/puan anonymous
DeleteTemanya ialah maulidir Rasul,dan MESTI ada perkataan RASUL di dalam pantun yang disertakan
cuba baca syarat di atas
Rabiul-awal tahun gajah
ReplyDeleteLahirnya Muhammad pembawa sinar
Baik pekerti tenangnya wajah
Penyampai AlQur’an petunjuk sebenar
wahai en/puan anonymous
DeleteTemanya dah betul, cuma tiada perkataan RASUL di dalam pantun yang disertakan
cuba baca syarat di atas
Assalamualaikum
ReplyDeleteNamanya Muhammad bin Abdullah
Rasul terakhir hingga kiamat
Sifat mahmudah sungguh terserlah
Bagindalah pemimpin seluruh umat.
3t
terima kasih en/puan 3t.
DeleteMaulidur Rasul tema diberi,
ReplyDeletePertandingan pantun di wiredifferently,
Hati-hati pantun diberi,
Takut jadi controversy.
Terima kasih Mr J.
DeleteBanyak dapat ikan di kelong?
12 Rabiulawal yg sentiasa dinanti,
ReplyDeleteHari yg dinanti bakal menyusul,
Ya Rasul Allah berilah syafaatmu nanti,
Wahai Junjungan Penghulu segala Rasul.
Sekian, macih,
-alangbuana-
terima kasih cik puan alangbuana.
ReplyDeletesudah dua pantun dikongsi
Assalamualaikum
ReplyDeleteLahir diMekah wafat diMadinah
Muhammad berhijrah menyebar Islam
Sidek, amanah tabliq fatonah
Sifat rasul penyinar alam
3t
terima kasih en/puan 3t.
ReplyDeletesudah dua pantun dikongsi.
Assalamualaikum
ReplyDeleteAlQuran mujizat keakhir zaman
Sunnah Rasul petunjuk arah
Jadikanlah kami orang beriman
Kepada Allah kami berserah.
3t
Pemenang pertandingan berpantun bertema Maulidir Rasul dan mesti gubakan perkataan Rasul dalam pantun dikarang.
ReplyDeleteLahir diMekah wafat diMadinah
Muhammad berhijrah menyebar Islam
Sidek, amanah tabliq fatonah
Sifat rasul penyinar alam
karya 3t.
Tlg emelkan nama penuh, alamat rumah, no talipon ke seriperkasaagency@gmail.com dan gunakan tajuk PEMENANG PANTUN.
Tahniah pada yang menang. Yang kalah usaha lagi, termasuklah Mr. J
ReplyDeleteusaha tangga kejayaan
ReplyDeletenail lift lagi cepat