Wednesday, 1 February 2012

Kumpul, cuci dan jual.


Ah Seng adalah seorang pengumpul botol terpakai yang tegar. Beliau mula menceburkan diri dalam aktiviti mengumpul, mencuci dan menjual botol sejak dari lepas sekolah. Ini sahaja pekerjaan yang beliau buat selama 40 tahun. Dengan cari, cuci dan jual botol, beliau menyara kehidupan sekeluarga.

Beliau akan keluar awal pagi dan balik lewat apabila bakul basikal dah penuh. Kalau penuh awal, beliau akan keluar lagi. Kadang2 kalau rezeki baik, beliau akan keluar berkali2. Biasanya, beliau akan balik sebelum senja. Sebelah malamnya, botol2 yang dikutip akan dicuci dan dikeringkan. Esoknya, beliau akan menjual botol2 yang dah kering kepada pelanggan tetapnya.

Salah satu tempat dan hari yang suka dipergi beliau ialah di pantai pada hujung minggu. Pada satu Ahad petang, beliau tiba di pantai tersebut dan tersenyum lebar..... Banyak botol bertebaran di kawasan pantai. "banyak botol wa dapat ptg ni" kata Ah Seng di dalam hati.

Beliau terus memulakan aktiviti pengumpulan botol tanpa henti. Tiba2, beliau ternampak satu botol yang agak pelik dan bertutup rapat. Tiada tanda2 botol tersebut pernah dibuka. Apabila Ah Seng membuka tudung botol tersebut, keluarlah jin seraya berkata, 

"hei manusia, akan aku tunaikan tiga hajat kamu kerana telah membebaskan aku dari botol ini"

Tanpa berlengah, Ah Seng pun berkata. "jin, wa mau lu tolong wa kutip semua botol"

Dengan sekelip mata, semua botol telah dikumpulkan jin tersebut. "apa permintaan kedua kamu wahai manusia?"

Ah Seng pun menyuruh jin tersebut membasuh semua botol yang terkumpul, dan dengan sendirinya, semua botol tersebut sudah menjadi bersih dan kering.

"Wahai manusia, apakah permintaan ketiga dan terakhir kamu?"

Maka Ah Seng, yang hanya tahu kumpul, cuci dan jual, menyuruh jin menjual kesemua botol tersebut.

Jin tersebut pun melaksanakan hajat Ah Seng dan Ah Seng merasa gembira dan puas hati kerana jin tersebut telah memudahkan aktiviti mengumpul, mencuci dan menjual botol2 tersebut.

Begitu juga dengan kita. Kekadang kita dah terbiasa melakukan sasuatu perkara, apabila datang peluang dan ruang untuk melakukan perkara yang lebih baik, kita tutup minda dan penglihatan kita rapat2, kerana lebih mudah melakukan perkara yang sama berulang kali dari melakukan satu perkara baru.

No comments:

Post a Comment