Friday, 17 February 2012

Seposen tu!

Tanjung Keling di Melaka, majoritinya penduduk Melayu. Pekannya kecil, lebih kecil dari pekan koboi. Dan bangsa Cina membuka kedai perniagaan.

Situasi yang biasa di negagha kita. Di pekan2 kecik, sehinggalah ke bandaghaya, memang diakui bangsa Cina yang kuasai ekonomi dan perniagaan ghuncit. Melayu dan India jadi pengguna dan pembeli. Jadi, kita membesau dengan membeli baghang keperluan dapur di kedai Cina. Kita dah macam diikat ketaatan utk membeli di kedai Cina. Dalam aspek ekonomi yang lan pun, kita akan lebih selesa berurusan dengan bangsa Cina dan bukannya bangsa Melayu.

Kalau ada kedai Pak Mat yang jaghaknya lebih kurang 100 meter dari ghumah kita, dan kedai Ah Seng jaghaknya tambah lagi 100 meter, mak kita akan sughuh kita pergi kedai Ah Seng. Sebagai anak, kita memilih ke kedai Pak Mat sebab dekat. Tapi kenapa mak kita sughuh pergi kedai Ah Seng?

Keghana dah berpuluh tahun membeli di kedai Ah Seng dan boleh berhutang. Cukup bulan bayau. Satu lagi, kekadang dapat limau masa Tahun Baghu Cina. Begitulah adat berniaga. Pelanggan diikat kesetiaan dengan ghamahnya pembeli, senyum manis tauke, dan kekadang limau mandarin.

Lagi pun, Pak Mat baghu 15 tahun berniaga. Pak Mat hanya mampu melihat kaum sebangsa dengan dia lalu dan tidak singgah. Kekadang bangsa dia balik dgn penuh bakul motor dan kekadang hanya satu tin susu pekat manis F&N.

Pak Mat pun pergi siasat kenapa bangsa dia tidak boleh membeli 1 tin susu pekat F&N di kedai dia, tapi megheka sanggup ke depan lagi 100 meter untuk membeli hanya 1 tin susu pekat F&N. Ghupanya kedai Ah Seng menjual seposen lebih mughah daghi kedai Pak Mat. Pak Mat mula buat perkiraan. "kalau aku kughangkan seposen, bolehkah pembekal kughangkan seposen?"

Seposen sudah memadai untuk Ah Seng memastikan owang Melayu tidak pergi membeli di kedai Pak Mat.

Kita terikat dengan kesetiaan dan seposen jadi ukuran. Kita dapat jimat seposen tapi pada masa yang sama, kita tidak membantu membangunkan perniagaan orang Melayu. Kita pertahankan hak kita sebagai pengguna dan menyalahkan Pak Mat kerana jual lebih mahal, tanpa kita sedari kita tidak melaksanakan tanggungjawab kita membantu meningkatkan perniagaan owang Melayu.

Seposen membezakan antara hak dan tanggungjawab. Itu belum lagi diikat dengan sekaki payung setiap tahun.

Seposen tu!

1 comment:

  1. Pak Mat kena belajar bagaimana Ah seng boleh jual 10sen lebih murah. Salah satunya ialah kemungkinan pembekal boleh kurangkan, tetapi itu hanya satu kemungkinan. Dalam suasana adil, selalunya pembekal boleh kurangkan jika beli dengan tunai, jika ada pembekal lain, dan beberapa faktor lain.

    Selain daripada itu, sebagaimana yang diamalkan di pasar besar (JUSCO, TESCO, CARREFOUR, dll), mereka membuat cross-pricing - ada barang yang dijual pada harga kos, tetapi, ada barang yang dilebihkan sedikit daripada harga biasa di tempat lain.

    Barang yang dijual pada harga kos ialah barang-barang yang laju pusingannya. Barang yang dijual pada harga pasaran biasa ialah barang-barang yang kurang sikit laju pusingannya, dan barang yang dijual pada harga lebih daripada harga biasa (RRP) ialah barang yang kurang laju pusingannya, tetapi pembeli akan beli jika tidak terlalu mahal kerana ada kos lain yang terlibat, seperti kena pergi semula ke kedai lain, susah cari parking, dll.

    Itu hanya komen pendek yang memberi gambaran, bahawa Pak Mat kena pergi kursus bagaimana ingin berjaya sebagai penjual runcit. Manusia berubah, sikap mereka berubah, pasaran berubah. Pengalaman 15 tahun tidak akan membawa erti jika tidak tahu ke arah mana Pak Mat perlu berubah.

    ReplyDelete