Tuesday 22 May 2012

Atuk, Atan dan Gajah

Al kisah di sebuah kampung di pendalaman, tinggallah seorang budak bernama Atan dengan datuknya sejak kecil lagi. Kedua ibubapa Atan meninggal dalam satu kemalangan. Maka bermulalah kehidupan Atan sebagai anak yatim piatu. Kehidupan datuk dan cucu tersebut penuh ranjau duri. Di mana ada datuknya, di situ jugalah adanya Atan.

Cukup masanya Atan melangkah ke tahun 1 persekolahan. Seronok Atan dapat kawan baru. Kelas pembelajaran berlangsung pada minggu kedua persekolahan. Setibanya Atan di rumah, dia disapa datuknya yang duduk di pangkin.

'Atan.... tadi Atan belajar apa kat sekolah?'

'Atuk, tadikan cikgu cerita pasal gajah. Atuk pernah jumpa gajah?' tanya Atan sambil duduk di sebelah datuknya.

'Bukan setakat pernah jumpa, atuk biasa main dengan gajah.' kata datuk Atan sambil menggulung rokok daun.

'Atuk pernah bermain dengan gajah? tanya Atan dengan kehairanan kerana datuknya tidak pernah bercerita pasal gajah. 'Atuk..... gajah tu besar ke? tanya Atan.

'Gajah tu besarnya macam dapur rumah kita.' kata atuk sambil memandang muka Atan.

'Tapi tuk, cikgu Atan cakap, gajah tu besar macam van.'

'Oh.... yang tu anak gajah. Kalau dah tua, besar gajah tu macam dapur tau Atan.'

Atan kehairanan. Atan bercerita lagi pasal gajah. 'Tuk...Tuk... kaki gajah bentuknya macam mana?'

'Runcing bak buluh.' jawab atuk dengan yakin.

'Atuk ni betul ke pernah jumpa gajah? Cikgu cakap kaki gajah tu besar dan tapak kakinya lebar.' jawab Atan sambil mengetap bibir. 'Asalnya kaki gajah tu runcing bak buluh, tetapi gajah selalu hentak hentakkan kaki, tu yang jadi besar dan lebar tapaknya.' Jawab atuk dengan yakin. Dalam hati Atan sudah mula meragui datuknya. Semua yang dijawab datuknya, tidak sama dengan apa yang dicerita gurunya tadi. Suasana menjadi sunyi buat seketika. Atan dan datuknya duduk di belebas pangkin sambil membuai-buaikan kaki mereka.

Betul ke atuk pernah bermain dengan gajah? tanya Atan dalam hati. Dengan nada memujuk, Atan bercerita pasal belalai dan fungsinya. 'Tuk... belalai gajah tu lembut tapi kuat'

'Siapa kata belalai gajah tu lembut? Cikgu kamu tu silap. Belalai gajah tu keras bak besi.'

'Tidak tuk, cikgu cakap belalai gajah tu lembut..' bentak Atan.

'Memanglah asalnya lembut, bila selalu kena belai, lama-lama jadilah keras.' balas atuk dengan tegas.

Atan ketawa besar kerana Atan tahu datunya kelentong. Datuknya tidak tahu dan tidak pernah berjumpa dengan gajah. Atan ingin menguji datuknya buat kali terakhir.

'Tuk........ gajah makan apa?'

Dengan pantas , datuknya menjawab 'TOMYAM'

Sepantas kilat Atan jatuh ke tanah berguling sambil ketawa terbahak-bahak.

2 comments:

  1. apakah tomyam.. grr..km lambat pick up.. ?? penin

    ReplyDelete
  2. hahaha

    dlm dunia ni ada manusia yg suka menjawab, walau pun tak tahu.
    yang penting dia jawab.
    hehehe

    ReplyDelete