Thursday 24 May 2012

Rahsia Kejayaan.


Seorang wakil Takaful dapat setkan satu temujanji dengan seorang usahawan yang bergelar Datuk. Sudah beberapa kali permohonan hendak berjumpa tidak dilayan. Jadi, apabila Setiausaha Datuk Usahawan menalipon, wakil Takaful tersebut terus setuju dengan masa dan hari yang dicadangkan.

Seperti yang dijadualkan, wakil Takaful pun sampai di pejabat Datuk Usahawan tersebut. Di ruang menunggu, tersergam indah beberapa gambar yang melambangkan kejayaan Datuk Usahawan tersebut. Ada potret dengan Sultan, Perdana Menteri, Ketua Menteri dan tokoh2 politik negara.

Di satu sudut, terdapat almari yang menempatkan gambar2 dan koleksi hadiah dari sukan golf yg diceburi. Wakil Takaful tersebut cukup kagum dangan apa yang dicapai oleh Datuk Usahawan tersebut. Berkatalah ia dalam hati bahawa aku bertuah dapat berjumpa Datuk Usahawan ni. Aku nak tahu bagaimana dia boleh berjaya agar aku pun boleh berjaya macam Datuk Usahawan ni jugak.

Lamunannya terhenti apabila suara manja Setiausaha Datuk Usahawan memanggil dan memberitahu Datuk Usahawan sedia berjumpa.

Dengan penuh senyuman dan mengatur langkah, wakil Takaful pun bergerak menuju ke pejabat Datuk Usahawan. Pintu diketuk seraya memberi ucapan salam. Datuk Usahawan membalas salam dan bangun menjemput duduk. Wakil Takaful teruja dengan sambutan yang diberi.

Setelah berbual sebagai membuka bicara, Datuk Usahawan bertanya, "kalau tak silap saya, kamu jumpa saya ni nak tahu rahsia kejayaan saya. Betul ke?

"Betul Datuk Usahawan. Saya ingin mendalami rahsia Datuk Usahawan agar saya pun boleh membina kejayaan saya sendiri, InsyaALLAH", ujar wakil Takaful.

"Datuk, boleh Datuk berkongsi apakah rahsia Datuk sehingga mencapai ke tahap ini dan menerima banyak anugerah keusahawan."

Datuk Usahawan pun berkata, "Saya amalkan tiga prisip dalam membina kejayaan ini. Pertama, nafsu. Kita mesti bernafsu apabila ingin melaksanakan sesuatu. Kedua, Semangat. Semangat mesti kuat. Jangan mudah mengalah. Jangan mudah merajuk. Ketiga, tenaga. Tenaga mesti mantap. Walaupun bernafsu dan bersemangat, tetapi kalau tak bertenaga, susah nak buat banyak perkara"

"Datuk memang hebat. Satu lagi Datuk, di ruang tamu tadi, dalam almari tu menceritakan pencapaian Datuk dalam sukan golf. Dengan kesibukan Datuk membina perniagaan, Datuk masih boleh mencapai kejayaan dalam sukan golf. Apa rahsia Datuk?"

"Sama juga rahsianya. Nafsu, Semangat dan Tenaga"

"Oh... Datuk memang mantap. Satu lagi macam dah jadi kebiasaan bagi usahawan berjaya, akan menambah isteri. Apakah Datuk tidak berhajat?" usik wakil Takaful sambil disambut ketawa kecil Datuk Usahawan.

"Hajat memang ada. Nafsu memang sentiasa meluap2. Semangat memang sentiasa membuak2. Tenaga aje yang tiada."

No comments:

Post a Comment