Thursday 22 November 2012

Leteran.

Yang ni cerita dongeng. Baca boleh, gelak pun boleh. Tapi jangan ditiru aksi dan jangan percaya cerita ni ya.

Al kisahnya, ada seorang suami yang tidak tahan dengan leteran isterinya. Ada saja yang tidak kena. Sambil mengemas rumah, isterinya berleter. Sambil masak, isterinya berleter. Kadang-kadang si suami macam terdengar isterinya berleter semasa sedang tidur bersama.

Suatu hari, si suami pergi berjumpa dengan seorang dukun yang cukup hebat. Sampai aje, si dukun dah tahu apa dihajatinya. Si suami kagum. Setelah memperincikan tindakan yang harus dilakukan, si suami dengan tenang melangkah pulang.

Tibanya waktu yang dijanjikan, si suami pengsankan isterinya dengan asap keminyan yang dibekal, diangkat dan digulung dalam tikar mengkuang, lalu dibawa ke sebuah perigi buta di dalam hutan dan dicampakkan isterinya.

Baliklah si suami dan lenalah tidurnya untuk malam itu, malam berikutnya dan malam seterusnya. Bila difikirkan kembali, dia menyesal. Tiga hari tanpa mendengar leteran isterinya membuatkan si suami tidak keruan. Lalu melangkahlah si suami ke perigi buta untuk mengambil isterinya. Dibawa tali dan papan agar mudah menarik isterinya naik.

Setelah diikat papan seakan jadi buaian di hujung tali, lalu dicampak ke dalam perigi buta seraya memanggil-manggil nama isterinya. Apabila si suami dapat merasakan tali mula memberat, lalu ditarik perlahan-lahan. Yang duduk di papan bukanlah isterinya, tetapi pontianak. Terperanjat si suami. Pontianak tersebut merenung mata si suami dan berkata,:

"kau ambiklah semula isteri kamu ni. Tak tahan telinga aku mendengar dia membebel. Ni baru tiga hari."


Wednesday 21 November 2012

My My. Are we that gullible?


IPOH: A bank customer service officer’s kindness cost her RM61,200 in her mother’s savings to a man she befriended on Facebook.
The 24-year-old woman, who declined to be named, said she befriended one Salinder Singh @ Inderjeet Singh Aujla on Facebook last December.
“Earlier this year, he told me that he needed money for a range of problems, including his mother’s medication. He sounded convincing so I decided to help him out,” she said during a press conference organised by Perak Barisan Nasional Public Service and Complaints Centre here yesterday.
The woman said she transferred RM47,000 on March 15 and RM14,200 two days later into three separate bank accounts via online banking.
“The bank accounts were under the name of individuals that I did not know. After receiving the money, Salinder could not be contacted any more,” she said.
Her mother, added the woman, was heartbroken to learn that she had lost her savings.
“She now needs the money for her medical expenses. I really do not know what to do,” said the woman.
She warned that the man might be looking for new victims as she could still read his postings on the social networking site.



Woman loses RM61,200 of mum’s savings to FB con man - Nation | The Star Online


Tuesday 20 November 2012

Suami kerja apa?

Sejak aku pindah, aku perasan si dia selalu memandang aku bila dia berjalan di hadapan rumah. Kekadang, aku sengaja memerhati si dia, tetapi dia buat tak endah. Bila aku buat-buat tak pandang, aku nampak ekor matanya melihat aku.

Setiap pagi, pada waktu yang sama. Setiap pagi bila aku menyidai baju, dia akan lau. Keinginan aku untuk menegur semakin memuncak. Dari pandang-pandang, bertukar menjadi senyuman. Hendak ku sapa, lidah ku kelu. Mungkin si dia pun begitu. Apa istimewanya aku sehingga si dia cuba mengorat aku.

Akhirnya, tanpa disangka-sangka, 20 minit sebelum aku menulis coretan ini, dia menyapa aku.


Nyonya: alo incik, wah... incik manyak rajin eh. wa tiap-tiap pagi lalu sini lu sidai baju.

Aku: tak dalah ah so... isteri pergi kerja, saya sidailah baju..

Nyonya: manyak bagus. incik tak pergi kirija?

Aku: tak.... saya surirumah sepenuh masa (dlm nada bergurau sambil ketawa).

Nyonya: incik punya suami kerja apa?