Monday 25 June 2012

Pak Harun dan ayam.

Satu pagi, Mak Minah berkata pada Pak Harun,


'Bapak ngkau, saya teringin nak makan ayam kampung. Boleh belikan kat pasar?', kata Mak Minah dengan lembut sambil jari jemarinya mengusap rambut Pak Harun. Pak Harun yang dah terbiasa dengan pujuk rayu Mak Minah, menggangguk sambil tersenyum. Dengan bingkasnya, Pak Harun bangun, dicapainya kemeja lalu disarungnya. Diambilnya tas duit, dimasukkan dalam talipinggang dan dipakainya. Diketatkan talipinggang tersebut dan Pak Harun bergerak menuju ke tangga rumah.


'Mak ngkau, saya pergi dulu', kata Pak Harun sambil memandang Mak Minah.


Dengan tangkas, Pak Harun menuruni tangga rumah dan bergerak ke bawah rumah dan dicapainya basikal tua yang menjadi tunggangan Pak Harun sejak muda lagi. Berkayuhlah Pak Harun menuju ke pasar yang jaraknya lebih kurang 5 kilometer.


Sesampai di pasar, Pak Harun terus menuju ke gerai rakan karibnya yang menjual ayam kampung hidup. Setelah ditimbang dan dibayar duitnya, Pak Harun pun berkeghah nak balik rumah. Keluar aja Pak Harun dari bangunan pasar, ada rakan bertanya, 'beli apa tu Pak Harun?'


'Ayam.' Ringkas jawab Pak Harun.


'Apalak ayam... Tu kan itik yang Pak Harun beli tu.' usik Husin, pemuda kampung yang sumbing mulutnya.


'Kamu ni Husin, inikan ayam. Takkan kamu tak kenal ayam dan itik.' tegas Pak Harun sambil memasukkan ayam tersebut ke dalam bakul basikal.


Keluar aje dari kawasan pasar, ada lagi rakan bertanya apa yang Pak Harun beli. Pak Harun memberitahu dia membeli ayam. 


'Itu kan itik. Pak Harun ni... ayam dan itik tak dapat dibezakan.' usik si Hashim pula.


'La... tadi si Husin kata aku beli itik. Ni kamu pulak kata aku beli itik. Kan ke ayam ni,' kata Pak Harun sambil menunjukkan paruh ayam jantan yang terkeluar dari sarung di bakul basikal.


Pak Harun kehairanan kenapa Husin dan Hashim tak tahu bezakan ayam dan itik. Sepanjang perjalanan balik ke rumah, Pak Harun berdepan lagi lapan rakan yang mengatakan Pak Harun membeli itik, dan bukannnya ayam. Pak Harun kehairanan kenapa sepuluh orang rakannya tak tahu bezakan ayam dan itik. Sedikit sebanyak, terdetik keraguan di hati Pak Harun. Sesekali dilihatnya haiwan di dalam sarung kerana hendak pastikan dia membeli ayam dan bukannya itik seperti yang dikatakan sepuluh rakannya tadi.


Sampai aje di rumah, Mak Minah bertanya Pak Harun,


'Dapat ke tidak ayam jantannya?'


'Entahlah Minah, kamu tengoklah sendiri. Aku pun tak pasti apa yang aku beli.'

----------------

Begitu jugalah dengan kehidupan seharian kita. Jika kita mendengar penafian kebenaran berulangkali, kita pun mula merasa ragu tentang kepercayaan kita. Begitu juga jika pembohongan diucapkan berulangkali, masyarakat akan mula percaya itu yang sebenarnya.


Thursday 21 June 2012

Aku jadi ayah

21 jun 1999 di Felda Chemomoi, Triang, Pahang.


hari ini dlm sejarah. pada hari ini dalam tahun 1999 di felda chemomoi. seorang suami sdg menanti isterinya keluar dari bilik air utk solat subuh bersama. tiba2 si isteri menjerit memanggil suaminya, "abang! abang!" 


si suami dah mula panik. mak bapak mertua dan ipar semuanya di shah alam. pagi tu pula, si suami sepatutnya balik ke melaka kerana si suami biasanya akan balik melaka pada hari isnin. "knp yang?" tanya si suami yg berlari ke bilik air. si isteri sambil manahan sakit dan memegang perut memberitahu yg anak dah nak keluau. 


di subuh yg sunyi, sejuk dan di penuhi kabus pagi, si suami start moto nak pergi rumah mak bidan. dlm keadaan elam kabut nak cari mak bidan, bbrp ekor ayam mati dilanggar. innalillahiwainnailaihirajiun. 


sambil melanggar ayam2 tersebut, si suami terfikir, nak panggil bidan kampung atau bidan gomen. penyudahnya kedua2 bidan dipanggil. 


kemudian bidan kg dtg ke rumah dan mengarahkan lelaki tersebut segera membawa isterinya ke rumah sakit sebab dah nak bersalin. maka dibawa isterinya sejauh 65 km ke hospital mentakab. si lelaki menenangkan isterinya sepanjang perjalanan. 


setelah tiba di hospital mentakab, si isteri ditolak masuk ke kamar bersalin sambil si suami dihalang dari sama2 masuk. si suami engkar dgn arahan dan memberi alasan "ini kali pertama saya nak jadi ayah". merayu punyalah merayu, si suami akhirnya membawa diri keluar dari kamar bersalin sambil memberi kata dua kpd matron, "hubungi saya pada kadar segera setelah isteri saya bersalin" 


setelah menungu bbrp jam, akhirnya si isteri melahirkan anak sulung mereka tepat jam 12.34 tengahari. si suami tak tergambar kegembiraannya. maka si suami apabila diberitahu akan kalahiran anak sulungnya, dgn penuh bangga dan syahdu memasuki wad bersalin dan dgn perlahan mengahmpiri katil isterinya yg tercinta. yg dicarinya adalah anaknya. dan apabila ternampak anaknya terbaring sebelah isterinya, air mata bergenang dan terus diangkat bayinya itu dicium bertalu2 dan diazankan. 


setelah memastikan isteri dan anaknya sihat, si suami terus kelaur wad utk membuat bbrp panggilan talipon utk berkongsi kegembiraan beliau menjadi ayah. 


setelah dua hari di hospital maka si steri dan anak dibawa pulang ke chemomoi. anak yg baru dilahirkan itu diberi nama MUHAMMAD AIMAN BIN ROSMAN. 


terimakasih pada isteriku, nornaliza binti omar kerana telah mengharungi jerit perih mengandungkan dan melahirkan anak kami.






satu duo tigo ompek
lima enam tujuh lape
bilo anak hisap kopek
hok bapak tok seh tumpe

Tuesday 19 June 2012

Ayahood.

Bila isteri disahkan mengandung, para suami teruja dan lega. Teruja kerana nak jadi ayah dan lega kerana terbukti boleh jadi ayah. Maka bermulalah persediaan mental, kewangan, emosi menunggu lahirnya anak pertama. Makin dekat dengan hari isteri nak bersalin, makin rancak pembelian barangan dan pakaian bayi. Kalau tanya orang lama, katanya tiga set pakaian sudah mencukupi kerana bayi tidak berpeluh. Tapi, kalau tanya jurujual, dia kata beli lima atau enam set pun tak apa.

Banyak jugalah petua dan pantang larang yang dikongsi oleh 'pakar-pakar' ilmu kekeluargaan. Ada tu kita tidak perlu bertanya, mereka dengan rela berkongsi pengalaman. Salah satu petua yang dikongsi adalah bagaimana hendak mudahkan dan kurangkan sakit bersalin. Ada tiga tips yang selalu dikongsi yang melibatkan penyertaan suami.



1. Elok dibawa berurut supaya bayi dan uri berada dalam kedudukan yang betul dan selesa. 


2. Pendapat moden menyuruh pergi bersenam.


3. Pendapat muktabar menggalakkan diperbanyakkan aktiviti bersenggama di akhir-akhir waktu mengandung.


Dan aku ikut petua 1 dan 3 sahaja. Yang 3 tu lebih kerap aku ikut.


Kemudian, peringatan dari ibubapa, adik beradik yang dah punyai anak supaya kita sediakan keperluan nak masuk hospital. Bila tiba masanya, semua dah siap sedia. Tak lah nanti kelam kabut. Ada tu, isteri dah masuk hospital, si suami patah balik sebab nak siapkan pakaian isteri dan anak ke hospital. Ada tu pula, persiapan mengalahkan orang nak pergi bercuti seminggu.


Bila tiba masanya, bergegaslah si suami membawa isteri ke hospital. Degupan jantung agak laju ditambah dengan deringan talipon dan sms bertanyakan kabar isteri. Dah bersalin ke belum? Dah ada ke bidan nak jaga isteri dalam pantang? Atau guna aje set bersalin dan suami jadi bidan? Kesian juga melihat isteri menanggung sakit semasa nak lahirkan anak kita ya.. Kekadang rasa macam tak mahu anak lagi, tapi bila isteri dalam pantang, kita yang sibuk sibuk menghitung hari.

Nilai diri anda

Seorang penceramah yang terkenal memulakan seminar dengan memegang duit RM50, sambil bertanya kepada hadirin,


'Siapa nak RM50?'


Para hadirin mula mengangkat tangan. Penceramah itu berkata,


'Saya akan memberi RM50 kepada seseorang tetapi saya ingin berbuat sesuatu terlebih dahulu.'


Dia lalu melipat-lipat duit tersebut dalam genggamannya sehingga menjadi bola yang kecil, dan bertanya,


'Siapa masih inginkan RM50 ini?'


Tangan hadirin tetap diangkat.


'Ok, apa jadi jika saya buat macam ni?'


Dan dia mencampakkan duit ke atas lantai dan mula memijak-mijak dengan tapak kasutnya sehingga duit itu menjadi keronyok dan kotor.


'Sekarang, siapa masih inginkan RM50 ini?'


Tangan masih diangkat walaupun dah banyak berkurangan.


'Para hadirin, kamu telah belajar sesuatu yang amat berharga pada hari ini. Tidak kira apa yang saya lakukan pada duit RM50 ini, kamu masih inginkannya kerana kamu tahu nilainya tidak berkurangan. Nilainya tetap RM50. Banyak kali dalam hidup kita, kita tersungkur, jatuh, dipijak dan dihina akibat tindakan kita dan situasi yang kita lalui. Kadang-kadang merasakan diri tidak bernilai. Hakikatnya, tidak kira apa yang sudah berlaku atau yang akan berlaku, kita tidak akan hilang nilai diri. Kepada orang yang menyayangi kamu, anda tidak ternilai. Nilai diri kita ditentukan oleh siapa kita yang sebenarnya, bukan apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal.'

Sunday 17 June 2012

KemeleSetan ekonomi

Pak Kasim menjual pisang goreng sepanjang hidupnya. Beliau telah melalui beberapa kemeleSetan ekonomi, inflasi dan deflasi. Beliau menyara kehidupan anak-anak sehingga berjaya hanya dengan menjual pisang goreng. Segala cakap-cakap pasal kegawatan ekonomi tidak pernah dihiraukan Pak Kasim. Beliau tetap menjual setiap hari dari tengahari hingga jam 6.30 petang. Beliau hanya bercuti pada hari Ahad dan sepanjang bulan Ramadhan.


Berkat usahanya, salah seorang anak lelaki beliau berjaya hingga ke Universiti Oxford dan menjadi Profesor ekonomi. Profesor Ahmad selalu dijemput memberi ceramah mengenai ekonomi di luar negara kerana di sanalah beliau mencari rezeki.


Apabila Eropah mula mengalami kegawatan ekonomi, Ahmad menalipon Pak Kasim dan memberitahu dengan penuh keyakinan bahawa tidak lama lagi, Malaysia pun akan diserang kegawatan ekonomi. Pak Kasim dinasihatkan supaya mengambil langkah-langkah patut untuk menyerap kesan kegawatan ekonomi yang pasti akan melanda negara. Beberapa cadangan diutarakan Ahmad, dan Pak Kasim mula mempercayai kata-kata anaknya, yang merupakan profesor ekonomi yang disegani di eropah.


Maka, Pak Kasim pun memulakan langkah-langkah penyelarasan yang dicadangkan. Langkah pertama yang diambil, adalah dengan mengurangkan saiz pisang yang digoreng. Langkah ini lama kelaman mula disedari pelanggan tetap Pak Kasim. Ramai pelanggan mula merungut. Seperti kata Ahmad, rasa tidak puas hati pelanggan adalah sesuatu yang biasa bila langkah-langkah pelarasan mula diambil.


Langkah kedua yang dibuat adalah dengan mengurangkan kuantiti jualan kerana bila kegawatan ekonomi menyerang, orang ramai akan mula berjimat dan kurang makan di luar. Pak Kasim dapat melihat logiknya penjelasan Ahmad. Maka, jualan pisang goreng Pak Kasim habis lebih awal. Ramai pelanggan yang datang lewat, tidak dapat menikmati jualan Pak Kasim. Seperti yang dijangka, makin ramai pelanggan yang merungut kerana Pak Kasim tutup awal. Kalau dulu tutup 6.30, sekarang ni tutup jam 5.30. Kesan paling ketara ialah, lama kelamaan pelanggan makin kurang.

Pak Kasim mula berfikir untuk bersara. Setelah dikira untung rugi yang akan ditanggung jika negara dilanda kemeleSetan ekonomi, maka Pak Kasim mengambil keputusan untuk menutup perniagaannya. Tanpa Pak Kasim sedari, sebelum anaknya menjadi Profesor ekonomi, Pak Kasim telah melalui beberapa kemeleSetan ekonomi tetapi tidak memberi kesan kepada dirinya. Tetapi setelah dia yakin dan percaya dengan apa yang disampaikan oleh anaknya, profesor ekonomi, perniagaan Pak Kasim terjejas.



Pak Kasim sekarang ini memukul canang mengenai kegawatan ekonomi yang menjadi punca dia terpaksa tutup perniagaan. Dan Pak Kasim teramat yakin yang kegawatan ekonomi telah melanda negara.

Friday 15 June 2012

Report card.

This morning I collected my son's report card, as I had done it since 2006. I was told then that would be the best time to meet the class and subject teachers. I could ask anything about my son's academic performance and behaviour in class.

I believed that that would be awesome. It means that I could discuss and and maybe the teacher concerned and I could come out with an idea or two to help my son cope with his studies. That's what I thought. After meeting with the class teacher, I asked for the name of a particular teacher who taught my son for a particular subject that he did not do well in the exam.

'But, that teacher is an expert in that subject.' the class teacher told me with a conviction.

'Really?' I retorted with a smile.

So, I went to see that expert teacher and introduced myself and mentioned my son's name.

'Oh... your son could not focus in class and was a bit quiet.' the teacher explained the moment he heard my son's name.

After exchanging information, I decided to throw in an idea on how my son could participate more in class. My idea was rejected before I could explained further.

'You know En Rosman, I could not agree with you as I am afraid that other parents would accuse me of being biased.'

I was so frustrated as my idea was not accepted just because he was afraid that other parents would accuse him of being biased?

'Come on Cikgu... I thought today was the day that a parent like me can come and discuss ideas on how to help student improves on their studies. If other parents accepted their sons results and didn't want to do anything about it, it is their problem. As far as I am concerned, I want my son to improve and that's why I came out with this idea. But, since you are not willing to help, then I suggest you inform the headmistress to just give the report card to my son so I can sign the card at home.' 

I vented my frustration to the class teacher later on. I wouldn't say that we had a fruitful conversation as I had to be stopped a few times. Just before I left, I said...

'If what is written in the report card is the testament to a teacher's performance in class, then it would be interesting. Don't you think so cikgu?'

Monday 11 June 2012

Nooooo problem..

What is life without problems?

It sure bores you down. Really? Many successful people said that without problems to be solved, they won't be where they are. The founder of Honda once said..



'What you see today is the result of 99% of all my failures.'


How about us? We are no where near that. Most of us would run away as far as we could from problems. We thought that we could get away from all the problems that are bugging us. We didn't realise that those problems are tying us down. We found that they are still there, no matter where we go.


Yet, most of us prefer to live a life of no problems.


Can we?

I know a place where thousands reside and they have no problems at all. As you came down to Nilai from Bangi, just before the old Nilai R&R, there is an exit that leads to that place where people with no problems reside.

Sunday 10 June 2012

Kisah dua sahabat.

Al kisahnya, diceriterakan tentang dua sahabat baik yang menuntut ilmu silat dengan seorang mahaguru yang cukup hebat. Setelah cukup latihannya, mereka berdua terpilih untuk memasuki fasa terahir latihan.

'Saya kagum dengan pencapaian yang cucu berdua tunjukkan selama di sini. Kamu berdua telah menjalani latihan dengan cukup baik sekali dan melepasi semua halngan yang menguji kecekapan minda, ketangkasan kudrat. Maka dengan itu, kamu berdua hendaklah bertapa sepurnama lamanya di sebuah gua di atas Gunung Tangsi. Sebaik sahaja kamu meninggalkan tempat ini, kamu dilarang untuk berbual dengan mana-mana manusia sehingalah kamu kembali ke sini. Barangsiapa yang berbual dengan mana-mana manusia selama pertapaan, dianggap telah mengingkari syarat dan peraturan perguruan silat.'

Setelah mendengar kata-kata amanat dari mahaguru, bersiap sedialah sahabat berdua untuk memulakan pertapaan. Tiba harinya, berangkatlah mereka berdua menuju ke Gunung Tangsi. Sepanjang perjalanan, tiadalah sebarang perbualan antara mereka, seperti yang diamanatkan oleh mahaguru. Begitu jugalah sepurnama pertapaan, tiada sebarang perbualan antara mereka berdua.

Setelah genap sepurnama, berangkatlah kedua sahabat tersebut meninggalkan gua dan menuju ke rumah mahaguru. Pada hari ke lapan perjalanan, tibalah mereka di sebatang sungai yang mereka tidak jumpai semasa datang ke gua. Kedua sahabat merasa amat hairan tetapi tidak menyuarakan rasa hati kerana masih terikat dengan amanat mahaguru.

Setibanya di sebuah jeram, kedengaran ada suara meminta tolong. Mereka berdua menghampiri dan melihat ada seorang wanita seakan kelemasan.

'Tolong saya tuan hamba. Saya tidak tahu berenang.' jerit wanita tersebut dengan nada cemas sambil melambai-lambai tangan meminta pertolongan.

Sahabat yang lebih tua, terus terjun dan menyelamatkan wanita tersebut. Sampai sahaja ke tebing, wanita itu mengucapkan terima asih dan bertanyakan nama sahabat yang menyelamatkannya.

'Nama saya Aduka.' seraya memberi isyarat pada sahabatnya supaya meneruskan perjalanan.

Sahabat yang satu lagi tergamam dan menyuarakan kebimbangan kerana Aduka sudah melanggar amanat mahaguru. Kerisauannya diluahkan berkali-kali tanpa dipedulikan Aduka. Akhirnya tibalah mereka berdua di rumah mahaguru dan disambut di serambi. Belum sempat mahaguru bertanya khabar, kisah Aduka diceritakan.

Dengan tenang Aduka menjawab,

'Sudah sepurnama lamanya aku meletakkan wanita tersebut di atas batu, dan kamu masih bercakap mengenainya sehingga ke hari ini?

Friday 8 June 2012

Apa peranan kita?









Pada satu petang, seorang lelaki sedang berjalan-jalan di pantai. Dari kejauhan, ternampak seseorang sedang membongkok dan mengambil sesuatu dari pasir dan mencampakkannya ke laut. Perasaan ingin tahu menyebabkan beliau melangkah dengan pantas dan akhirnya dengan jelas beliau nampak seorang budak lelaki sedang mengambil tapak sulaiman yang terdampar di pantai dan dicampakkan ke laut.

Beliau pun bertanya,

'Kenapa kamu campakkan tapak sulaiman ke laut?'.

Budak lelaki itu pun menjawab,

'Sebelum matahari terbenam dan air surut, tapak sulaiman ini mestilah dicampakkan ke laut. Jika tidak, mereka akan mati.'

Lelaki itu berfikir sejenak dan berkata,

'Pantai ini panjang dan ada beribu tapak sulaiman, mampukah adik selamatkan semuanya?'

Budak itu tersenyum lalu diangkatnya satu tapak sulaiman dan mencampakkan ke laut sambil berkata,

'Yang itu sudah saya selamatkan. Yang lain-lain tu, saya tak pasti. Tapi, kalau abang bantu saya, mungkin lebih banyak tapak sulaiman yang dapat kita selamatkan.'

Thursday 7 June 2012

Kematian

Sedang si datuk duduk berehat di ruang tamu rumah, dia ternampak guru kelas kepada cucunya sedang menghampiri rumahnya.


Datuk: Ali, baik kamu sembunyi sekarang.


Ali: Kenapa tuk?


Datuk: Tu cikgu kamu tu datang. Kamu tu dah le ponteng sekolah.


Ali: Tuk, atuk yang patut sembunyi sebab Ali kata atuk yang meninggal.








Bos: Kamu percaya mengenai orang mati hidup semula?


Ali: Mana ada En? Semua tu tipu je...


Bos: Baik, sekarang saya dah ada bukti. Selepas kamu balik awal semalam kerana hendak menghadiri pengkebumian pakcik kamu, dia datang ke pejabat mencari kamu.




Jangan gunakan KEMATIAN sebagai alasan untuk ponteng. Nanti ia menghantui kamu.





Wednesday 6 June 2012

Your parents and you - Part 2

A friend of mine used to drive back to Jerteh from Melaka fortnighly without fail for a duration of 6 years. His late mother was in total and permanent disability.


'Most of the times, I would go back alone, leaving my wife and children behind. In a way, I save a lot.'

I nodded in agreement. You see, if you have to take care a parent who was in total paralysis, you would be spending a lot of money to take care of your parent. So by leaving his wife and children behind, it means less stoppage along the way. His wife would prepare food for him before each journey.

'I have a sister staying nearby. But , as a son, I must lead the way. I must take the responsibility. I must be in front. Not that I don't have any brothers, but I chose to take charge'



I last met him by chance outside BSN Kompleks Al Azim, end of April.


'How's your mother'? I asked.


'She passed away in November last year.'


'Innalillahiwainnailaihirajiun. It means we have not seen each other for quite sometime.' I quipped. 'So, you are in Melaka all this while.'


'I still go back to Jerteh every two weeks once'


'You are?'


'I don't know why I do that. In a way, my mum's passing bring some relief. But I am still clueless the relief was for my late mum or for me.' His eyes turned red and watery as he said it.


I kept quiet and felt his pain. Soon, there were tears in my eyes.


'You know what, only ALLAH knows. In one way, I am glad that my late mum did not have to suffer any more. As for me personally, it was also a relief. But I am afraid to say it because I didn't want to be regarded as someone who didn't like to be tested by ALLAH. You know what I mean?'


I nodded and touched his arms. 'Is that the reason you still go back to Jerteh?'


'You can say that.'

Sunday 3 June 2012

Hamid, Aminah dan Tok Guru

Al kisah.....


Di sebuah daerah nun jauh dari kesibukan kota, hiduplah Hamid, seorang pemuda yang berhati waja. Hamid selalu mengikuti kuliah agama Tok Guru. Boleh dikatakan setiap kali Tok Guru mengajar, Hamid akan hadir. Hampir di setiap surau dan masjid, Hamid akan cuba menghadirkan diri mendengar kuliah Tok Guru. Begitu juga Aminah, seorang gadis pemalu dan penyantun. Aminah juga akan cuba menghadirkan diri sekerap mungkin. Boleh dikatakan Hamid dan Aminah merupakan anak murid yang taat.


Setelah sekian lamanya, Hamid mula menaruh hati kepada Aminah tetapi tidak tahu bagaimana hendak diluahkan hasrat hati. Hamid pergi berjumpa Tok Guru untuk meminta pandangan dan pertolongan. Tanpa Hamid sedari, Tok Guru sebenarnya amat meminati Aminah. Maklumlah Aminah tu gadis manis, perwatakan baik, penuh sopan dan santun. Tok Guru agak terkejut juga bila diminta bantuan Hamid. Setelah berfikir panjang, Tok Guru seakan mengalah dengan hajat Hamid.


'Baik. Tok akan cuba jalankan hajat kamu tu Hamid.'


'Alhamdulillah', jawab Hamid sambil menyapu muka dengan kedua tapak tangannya.


'Tapi, ada syaratnya. Kalau kamu setuju, baru Tok akan bertanya Aminah.'


'Apa syaratnya Tok?', tanya Hamid penuh minat.


'Setelah kamu bernikah dengan Aminah nanti, janganlah kamu kencing mengadap kiblat. Kalau kamu langgar syarat tersebut, maka hendaklah kamu ceraikan Aminah. Setuju?', tanya Tok Guru sambil tersenyum..


Tanpa berfikir panjang, Hamid setuju dengan syarat Tok Guru. 


Dipendekan cerita, bernikahlah Hamid dengan Aminah dan bermulalah kehidupan mereka berdua sebagai suami isteri. Hamid rasa amat bahagia beristerikan Aminah.


Hamid perasan yang Tok Guru makin kerap mengekori kemana sahaja dia pergi. Ke pasar, Tok Guru ada. Ke jemputan kahwin, Tok Guru ada. Hatta, ke mana sahaja Hamid pergi, Tok Guru akan ada berhampiran.


Satu hari, Hamid masuk ke hutan untuk mencari tongkat ali. Setelah sekian lamanya, Hamid terasa hendak buang air kecil. Lalu dia pergi belakang sepohon pokok dan melepaskan hajatnya. Dengan tiba-tiba, Tok Guru menyergah Hamid.


'Hamid!!!, kamu kencing mengadap kiblat dan kamu mesti lepaskan Aminah, isteri kamu.'


Sergahan Tok Guru menyebabkan Hamid terperanjat dan terkedu. Dengan longlai, Hamid melangkah menuju ke rumah. Aminah menerima talak dengan penuh sabar walaupun dia tidak setuju.


Cukup edah, Tok Guru bernikah dengan Aminah pula. Berita tersebut mengejutkan Hamid. Beliau merasakn dia ditipu Tok Guru yang selama ini disanjung. Dengan penuh marah, Hamid pergi mengadap Tok Guru dan meminta Tok Guru berjanji satu perkara...


'Apa yang kamu hendak dari Tok?'

'Kalau lepas ni Tok Guru kencing mengadap kiblat, Tok mesti ceraikan Aminah.'.



'Setuju', ringkas sahaja jawapan Tok Guru.


Bermulalah episod di mana ada Tok Guru, di situ jugalah adanya Hamid. Tok Guru tahu yang dia diperhatikan Hamid dan Tok Guru amat berhati-hati kerana helahnya, Hamid terpaksa berpisah dengan Aminah.


Dalam perjalanan ke sebuah surau, Tok Guru terasa hendak buang air kecil. Kerana tidak dapat menahannya, Tok Guru melepaskan hajat di dalam semak. Dengan tiba-tiba, Hamid menegur Tok Guru..


'Tok, Tok kencing mengadap kiblat. Tok mesli ceraikan Aminah.'


Setelah membersihkan diri, Tok Guru berdiri dan memandang wajah Hamid dengan penuh kesian..


'Hamid, benar Tok kencing mengadap kiblat, tapi kepala anu Tok tala ke tepi.'

Saturday 2 June 2012

Salah faham.


Seorang suami yang kepanikan kerana isteri dah hampir nak bersalin, menalipon hospital. Panggilan beliau dijawab seorang juruawat.


Suami: Tolong cik, isteri saya dah nak bersalin. 


Jururawat: Yang ni anak pertama En ke?


Suami: Yang nak bersalin ni bini aku lah. Bukan anak aku.....


Jururawat: Erkk!