Tuesday 19 June 2012

Ayahood.

Bila isteri disahkan mengandung, para suami teruja dan lega. Teruja kerana nak jadi ayah dan lega kerana terbukti boleh jadi ayah. Maka bermulalah persediaan mental, kewangan, emosi menunggu lahirnya anak pertama. Makin dekat dengan hari isteri nak bersalin, makin rancak pembelian barangan dan pakaian bayi. Kalau tanya orang lama, katanya tiga set pakaian sudah mencukupi kerana bayi tidak berpeluh. Tapi, kalau tanya jurujual, dia kata beli lima atau enam set pun tak apa.

Banyak jugalah petua dan pantang larang yang dikongsi oleh 'pakar-pakar' ilmu kekeluargaan. Ada tu kita tidak perlu bertanya, mereka dengan rela berkongsi pengalaman. Salah satu petua yang dikongsi adalah bagaimana hendak mudahkan dan kurangkan sakit bersalin. Ada tiga tips yang selalu dikongsi yang melibatkan penyertaan suami.



1. Elok dibawa berurut supaya bayi dan uri berada dalam kedudukan yang betul dan selesa. 


2. Pendapat moden menyuruh pergi bersenam.


3. Pendapat muktabar menggalakkan diperbanyakkan aktiviti bersenggama di akhir-akhir waktu mengandung.


Dan aku ikut petua 1 dan 3 sahaja. Yang 3 tu lebih kerap aku ikut.


Kemudian, peringatan dari ibubapa, adik beradik yang dah punyai anak supaya kita sediakan keperluan nak masuk hospital. Bila tiba masanya, semua dah siap sedia. Tak lah nanti kelam kabut. Ada tu, isteri dah masuk hospital, si suami patah balik sebab nak siapkan pakaian isteri dan anak ke hospital. Ada tu pula, persiapan mengalahkan orang nak pergi bercuti seminggu.


Bila tiba masanya, bergegaslah si suami membawa isteri ke hospital. Degupan jantung agak laju ditambah dengan deringan talipon dan sms bertanyakan kabar isteri. Dah bersalin ke belum? Dah ada ke bidan nak jaga isteri dalam pantang? Atau guna aje set bersalin dan suami jadi bidan? Kesian juga melihat isteri menanggung sakit semasa nak lahirkan anak kita ya.. Kekadang rasa macam tak mahu anak lagi, tapi bila isteri dalam pantang, kita yang sibuk sibuk menghitung hari.

No comments:

Post a Comment