"dik, ada tudung bawal hitam tak?"
Tanpa anda sedari, anda menghampiri kedai kasut dan anda terlihat sebelah kasut yang menarik bentuknya. Anda pun memasuki kedai dan setiap langkah kamu diperhatikan oleh jurujual. "Cari kasut bangggg.? Sapa jurujual sambil melemparkan senyuman paling manis. Anda terpaksa senyum dan mengelakkan dari menjawab. Hendak jaga ego, anda terus hampiri rak tersebut dan membelek kasut tersebut. Lima minit juga anda membelek sebab anda tak jumpa tanda harga. Jurujual masih berdiri di sebelah dan menunggu penuh harap. Nak tak nak, anda pun bertanya, 'Saya tanya je ya... berapa harga kasut ni? Jurujual pun menunjukkan tanda harga yang terletak di bibir rak. Ranjauan mata anda melihat harga tertera RM249.90. Anda tahu yang anda tidak mampu. Jadi, apakah soalan cepumas untuk lepaskan diri? Cuba skrip di bawah......
"dik, kasut ni ada warna pink tak?"
Anda terlihat sepasang dress yang cukup menarik warna dan coraknya. Designnya memang memenuhi citarasa anda sebagai wanita kampung yang baru nak jadi moden. Anda belek2, pusingkan depan, belakang. anda pun cari cermin utk melihat kesesuain dress tersebut dengan anda. Anda pun tersenyum lebar depan cermin. Dan, jurujual dengan senyap2 sudah berada di sebelah anda. "Nak cuba kak?" Tersentak anda mendengar soalan tersebut. Anda pun kata ya, dan minta ditunjukkan bilik salin pakaian. Selepas 10 minit, anda pun keluar dan ditanya jurujual, "boleh kak? akak nak bayar tunai atau kad kredit?". Anda pun tanya harga dan terus tawar hati kerana harganya di luar kemampuan anda. Jadi, apakah soalan yang anda patut tanya nak lepaskan diri? Cuba skrip soalan di bawah....
"dik, tadi akak nak keluarkan duit kat bawah, atm rosak. kat mana atm paling dekat?"
Yang terakhir. Anda telah membeli sepasang baju kurung dan tudung yang sedondon. Tapi, jurujual masih belum berpuas hati. Jurujual cuba sedaya upaya memujuk anda untuk menambah sepasang lagi baju kurung, atau pun setidak-tidaknya sehelai dua tudung yang sedondon. Anda hampir-hampir tewas dengan rayuan jurujual tersebut. Apakah yang perlu anda kata untuk lepaskan diri? Cuba hafalkan skrip di bawah...
"mak saya pesan, bila beli barang, tinggalkan sedikit untuk orang belakang."
Skrip-skrip di atas biasa saya gunakan untuk melepaskan diri saya atau isteri dari terus terpengaruh dengan rayuan jurujual. Skrip yang terakhir tu biasanya saya cakap bagi pihak isteri.
kalau ada customer saya yang gunakan skrip diatas, konfom dia tu sedara atau pun kenalan Rosman. Anyway, kami yang meniaga ni pun da terbiasa dengan skrip-skrip yang macam tu bila pelanggan datang ke Bazar Kraftangan Dataran Pahlawan.
ReplyDeleteContoh : "Kami ni baru je sampai, nak tengok-tengok je dulu"
"Rumah baru kami tak siap lagi, kalau da siap konfom kami beli!"
"Anak kami nakal, kalau beli konfom pecah"
"Kami jalan-jalan dulu, kalau beli sekarang, nak berjalan nanti susah. Karang kami datang balik (maksudnya - dia nak terus balik, jangan tunggu dia datang)"
kah45x.....
ReplyDeletepak man..
ReplyDeletetadi km pon turut digoda oleh penjual suruh beli firming gel depa. harga ratusan jugak.. km kata..ooo.. dah ada dah kat rumah.. tp brand lain.. murah dr awak jual.. kekekeke..
alasan lain: bajet takde lah.. kalau ada rezki lebey, dpt gaji km mai beli.. kekekeke
tak pa dik. sepupu saya ada jual. sama mcm awak jual. nanti sy beli dgn dia. heheheh
ReplyDelete