Disebabkan kedua ibubapa mereka yang sudah tua, maka anak-anak berpakat mencarikan seorang pembantu rumah. Dengan persetujuan kedua ibubapa, mereka memilih seorang wanita yang tidak berkahwin, dalam lingkungan usia 45 tahun.
Tiada apa-apa perubahan berlaku di awal kehadiran pembantu rumah tersebut. Selang beberapa bulan, si isteri perasan yang suaminya lebih kerap bangun malam. Memang suaminya selalu bangun malam untuk bersolat dan beribadah. Tetapi, kekerapan makin bertambah, dan kadang-kadang terus sampai ke subuh.
Tanpa pengetahuan si isteri dan anak-anak, si suami sudah bernikah dengan pembantu rumah. Si isteri mulai curiga dan takut hendak bertanya. Apabila orang kampung dah mula bercakap dan mengusik, maka timbullah perasaan marah dan merajuk. Sebagai seorang isteri yang setia dan taat, beliau tidak berani bertanya.
Suatu hari, selepas solat maghrib berjemaah, si isteri bertanyakan soalan pada si suami.
Isteri: Bapak kau, saya nak bertanya. Tapi awak jangan marah. Saya dah tak tahan dengan usikan jiran-jiran. Awak ada isteri lain selain dari saya ke?
Isteri muda, aka pembantu rumah, mendiamkan diri di dapur mencuri dengar perbualan yang sedang berlaku. Debaran jantung makin kencang memikirkan apakah akan berlaku kalau pecah rahsia.
Suami: kenapa kamu bertanya soalan macam tu? Apa yang jiran2 dah kata?
Si suami cuba mengelak kerana tidak sampai hati hendak mengecewakan hati isteri yang telah setia bersama selama lebih 50 tahun.
Isteri: saya bertanya sebab ada orang kata yang awak dah nikah lagi seorang. Saya nak mintak awak bersumpah depan saya yang saya sahaja isteri awak.
Isteri muda dah mula berpeluh. Duduk salah, berdiri salah. Semua serba tidak kena.
Suami: baik. jika awak nak saya bersumpah, saya akan bersumpah.
Maka, si suami dengan penuh ketenangan dan keyakinan, memandang si isteri dengan penuh kasih sayang, lalu berkata.....
"Saya bersumpah yang saya tiada isteri selain yang berada di dalam rumah kita ini"
No comments:
Post a Comment