Anwar, Ibrahim dan Ali merupakan tiga orang sahabat yang cukup akrab. Sedari kecil, mereka tidak pernah berpisah. Di mana ada Anwar, di situ ada Ibrahim dan Ali. Bagai aur dengan tebing. Bagai isi dengan kuku.
Satu hari Anwar berkata kepada Ibrahim dan Ali...
"aku ghasa, kita dah tak boleh mencari rezeki kat sini. Apa kata kita bertiga berpindah ke luar negara yang berbeza, cari haluan masing-masing dan cuba mencipta kejayaan masing-masing?"
Satu soalan yang menyentap minda Ibrahim dan Ali. Apakah akhirnya mereka bertiga terpaksa berpisah hanya kerana mencari sesuap nasi?
Setelah difikir dan didebatkan, akhirnya Ibrahim dan Ali terpaksa bersetuju dengan cadangan Anwar.
Maka mereka bertiga naiklah perahu layar dan mula meninggalkan pantai. Makin hari, makin jauh mereka dari daratan. Yang hanya terpampang ialah lautan yang luas. Pada satu malam, badai melanda. Perahu mereka dihanyutkan ke sebuah pulau yang tidak berpenghuni. Besar pulau tersebut, hanya mampu memuatkan mereka bertiga dan ada sebatang pokok kelapa di tengah-tengahnya. Selepas beberapa hari, bekalan makanan dah hampir habis. Mereka mula keletihan dan kepenatan.
Tiba-tiba Ali menjerit terperanjat kerana kakinya dilanggar sebuah botol kaca yang belum berbuka. Ali mengambil botol tersebut lantas cuba membuka tutupnya. Sebaik sahaja terbuka botol tersebut, keluarlah seekor jin lalu berkata dengan kuatnya...
"Hei manusia.... Setiap seorang dari kamu akan aku tunaikan satu hajat. Satu hajat sahaja.."
Ali memandang Anwar dan Ibrahim untuk dapatkan persetujuan. Setelah mendapatkan kepastian, Ali pun berkata kepada jin tersebut...
"Hoi jin...., bawalah aku ke Eng...."
Belum sempat Ali menghabiskan ayatnya, Ali telah sampai ke England.
Anwar pun mengambil botol tersebut dan berkata...
"Halo jin., hantarkan aku ke Ame..."
Dengan sekelip mata, Anwar sudah berada di Amerika.
Sekarang tiba giliran Ibrahim. Beliau masih terkejut dengan apa yang berlaku, tidak tahu negara manakah yang belau ingin pergi. Direnung jin tersebut sambil mata terkebil-kebil. Jin pun membalas renungan Ibrahim dan berkata..
"Cepatlah buat permohonan. Aku dah bosan melihat matamu yang terkebil-kebil"
Maka dengan segeralah Ibrahim berkata kepada jin..
"jin jin, aku dah bosan ni, takda kawan. Boleh tak kau bawak Anwar dan Ali ke sini semula?"
kuang 3x....
ReplyDelete