Thursday 28 August 2014

Kaki Pancing, umpan dan ikan.

Anda memancing?
Anda kenal seorang kaki pancing?
Anda suka melihat aktiviti memancing?

Aktiviti memancing ni memerlukan kesabaran dan juga kemahiran meneka di mana banyak ikan. Di laut, di sungai, di jeram, di kolam memancing, umpan digunakan untuk menangkap ikan.

Kebiasaannya, umpan akan diletakkan di mata kail. Tujuannya ialah bila ikan menggigit umpan, dengan sendirinya akan mulut ikan akan dikait mata kail. Itu tujuannya diguna umpan.

Bila ikan makan umpan, pemancing akan cuba menarik-narik tali joran dan seterusnya mengharapkan ikan dah melekat di mata kail. Satu keseronokan bagi pemancing ialah bila ikan ada di hujung tali.

Ikan tadi dibawa naik ke atas dan mata kail akan dicabut dari mulut ikan tadi. Ikan yg ditangkap akan dimasukkan ke dalam bekas.

Soalan yg penting di sini ialah, pernahkah pengail memberikan umpan untuk dimakan ikan yg baru ditangkap?