Monday 23 September 2013

Cantas.

Pokok yang dicantas dahannya, mungkin ambil masa yang lama nak tumbuh kembali. Kekadang tu, jenuh nak tunggu berpucuk, akhirnya dahan tu mati.

Kalau dahan tu menghalang sesuatu, maka eloklah dicantas. Jangan diusik bahagian lain pokok tersebut, setidaknya dapat memberi keteduhan. Tapi jangan ditebang pokok tu. Kalau tinggal tunggul, merbahaya jugak. Takut2 ada yang tersadung kaki lalu terjatuh.

Cantas jika perlu dan bersebab, supaya kurang orang persoalkan tindakan kita. Jangan cantas hanya kerana semak mata kita memandangnya.