Teringat zaman kecik-kecik dulu. Bila nak pergi sekolah, punyalah bercinta. Kisah ni masa aku darjah 2 pada tahun 1975. Aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang atau Sekolah Rendah Inggeris Bukit Baru di Melaka.
Kena bangun pukul 5 pagi. Keluar ghumah 5.30 pagi. Jalan kaki lebih kurang 500 meter, kena tunggu bas berdekatan dengan kubur kristian. Bas town iaitu Bas Paya Ikan datang dalam jam 6.30. Bas pulak sejam satu. kalau terlepas, kenalah naik bas 7.30 Kadang-kadang mak aku temankan. Biasanya aku jalan sendiri.
Kenapa aku keluau ghumah 1 jam sebelum bas sampai? Padahal jaraknya hanyalah 500 meter?
Ini kerana kekadang aku kena berlumba lari dengan anjing-anjing. Sepanjang jarak 500 meter tu, ada tiga tempat yang pasti ada anjing nak ajak aku lumba lari.
Kadang-kadang, anjing-anjing tu mengelat. Belum sempat sebut ALIMAT.... GESEK.... GO!, anjing-anjing tu dah kejau sebelum aku sampai kat tempat derang berkumpul. Maka aku kena lari berpatah balik. Riki keadaan dan mencuba nasib. Kalau ada ruang nak lepaskan diri, aku yang mengelat. Aku lari dulu.
Setiap kali ada anjing, aku akan baca TABBATS TABBATS, dengan harapan anjing-anjing tu akan kesian kat aku. Lagi laju aku berlari, lagi kuat dan lagi banyak aku baca TABBATS TABBATS. Tapi hampas. Ghupanya anjing tu tak heran dengan jampi TABBATS TABBATS. Aku pun tak tau apa makna jampi tu. Hehehe. Tapi masa tu, apa saja yang diyakini dapat halau anjing-anjing, akan aku baca.
Bila anjing-anjing tu dah mula terbiasa dengan kelibat aku setiap pagi, lama kelamaan perjalanan aku menunggu bas lebih tenang dan tanpa gangguan. Bolehlah aku keluau ghumah lewat sikit sebab dah tak perlu gostan. Dengan sendirinya bacaan TABBATS TABBATS tidak kedengaran lagi.
No comments:
Post a Comment