Monday 7 May 2012

Satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan.

Cghita ini adalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan mana-mana jenis sekolah, mana-mana guru atau mana-mana murid. Nama-nama yang digunakan adalah rekaan semata-mata.

Pada satu hari, Cikgu Ayu memberikan kerja sekolah kepada anak murid. Mereka semua diehendaki membuat satu karangan yang bertajuk.

SATU PERISTIWA YANG TIDAK DAPAT SAYA LUPAKAN.

Setelah memberi penerangan, Cikgu Ayu memandang Zulkarnain dan berkata, 'Untuk kamu seorang, saya berikan satu tajuk yang melambangkan sikap kamu. Cikgu Ayu pun pergi ke papan hijau dan menulis...

PERISTIWA-PERISTIWA YANG SAYA TIDAK INGAT.

Zul kehairanan dan mengulang apa yang ditulis oleh Cikgu Ayu dan bertanya kenapa tajuk karangan beliau pelik dan berbeza dengan rakan kelas yang lain. Cikgu Ayu hanya diamkan diri dan meninggalkan kelas. Zul terpinga-pinga sambil menggelengan kepala.

Apabila sampai di rumah, Zul beritahu ayahnya mengenai kepelikan tajuk soalan karangannya. "Macam mana nak tulis sesuatu yang kita tidak ingat? Peliklah cikgu kamu tu Zul' Tapi ayah, hanya saya yang dapat soalan yang ni. Rakan lain dapat tajuk SATU PERISTIWA YANG TIDAK DAPAT SAYA LUPAKAN. Mendengar kata-kata anaknya, si ayah terus naik angin. 'Tak pa, esok ayah pergi jumpa cikgu kamu'

Maka, berdepanlah si ayah dengan Cikgu Ayu di bilik guru. Zul hanya diam membisu. Sebaik sahaja soalan ditanya, maka dengan tenang Cikgu Ayu menjawab....

'En Abu, setiap kali saya tanya Zul, mana buku? Dia jawab, 'saya lupa nak bawak cikgu.'
Bila ditanya kerja sekolah, dia jawab, 'saya lupa nak bawa cikgu.'
Saya ada kirim surat minta En Abu datang berjumpa dengan saya. Bila En tak datang, saya pun tanya Zul. Dia jawab, 'saya tak ingat mana saya letak surat tu cikgu.'
'Setiap soalan ditanya, jawapannya samada lupa atau saya tak ingat.'
'Tapi, terima kasihlah erana En Abu datang berjumpa dengan saya hari ni. Harap-harap lepas ni, si Zul akan ingat peristiwa ni sampai bila-bila.'

Ok Zul, kamu bolehlah buat karangan yang bertajuk SATU PERISTIWA YANG SAYA TIDAK DAPAT LUPAKAN dan hantar sebelum balik sekolah nanti ya.




2 comments:

  1. kakkakka. harus bikin gini lain kali.. kkakakk

    ReplyDelete
  2. kalau menjadi, jgn lupa bagi kredit ya.
    kihkihkih

    ReplyDelete