Wednesday, 25 April 2012

Poligami

Semasa aku hadiri kurusus kahwin pada tahun 1998, aku adalah bakal pengantin lelaki yang paling tua. Yang lain-lain tu dalam lingkungan umur 23 tahun dan ke bawah. Yang perempuan pun dalam lingkungan umur yang sama. Kebanyakan mereka datang berpasangan dan duduk bersebelahan sehinggalah diarahkan untuk duduk berasingan.

Aku paling banyak tanya soalan pasal perkahwinan, tugas dan tanggungjawab suami dan isteri. Salah satu soalan yang aku tanya ustazah yang memberi kuliah ialah mengenai poligami.

Ustazah tersebut menjawab dengan tertib dan sesekali jawapan beliau membuatkan kami ketawa. Dalam banyak-banyak isu yang dikongsi, aku tertarik dengan satu penjelasan yang dikongsi ustazah tersebut.

Islam inginkan umat yang ramai. Nabi Muhammad suka jika umatnya mempunyai anak yang ramai. Seorang ibu memerlukan 9 bulan untuk melahirkan seorang anak, dua bulan proses pemulihan sebelum mengandung semula. Itu pun jika mengandung.

Islam menawarkan alternatif, iaitu poligami. Jika seorang lelaki ada dua isteri, mungkin setiap tahun beliau akan mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak dari dua ibu berbeza. Maksudnya, dalam tempoh sepuluh tahun, lelaki tersebut berkemungkinan mempunyai 10 orang anak.

Bayangkan jika ada 4 isteri? Mungkin lebih ramai anak, umat Islam, yang akan dilahirkan.

Bila isteri ramai, timing pun nak kena betul jugak ya. Jangan semua isteri bersalin pada waktu yang sama. Pening kepala dibuatnya.

2 comments: