Tuesday, 21 February 2012

Cubit Tanda Sayang?

Cubit tanda sayang. 

Kita biasa mendengarnya.

Cubit-cubitan dan senggol-senggolan adalah tajuk lagu popular dari Indonesia.

Ada yang menjadikan aktiviti mencubit semasa berduaan, tanpa dilihat oleh orang lain. 
Pasangan bercinta biasa lakukan aktiviti mencubit ni.

Ada yang mencubit kerana hendak lepaskan geram pada orang yang dicubit. Anak murid biasa dicubit guru kerana pelbagai kesalahan yang dibuat. 
Begitu juga anak-anak yang dicubit ibubapa kerana melakukan tindakan yang tidak wajar.

Kanak-kanak yang comel dicubit kerana kita geram dengan kecomelan atau keletah mereka.

Kalau anak berumur tiga tahun, 
yang tidak tahu apa-apa, 
dicubit dengan penuh rasa marah/geram oleh ibu atau bapa, sehingga menyebabkan anak itu 
melalak kerana tidak tahan sakit, 
apakah itu termasuk kategori mencubit tanda sayang?

Kalau ya pun anak itu memalukan kita 
di khalayak ramai, 
tidak perlulah kita menunjukkan 'sayang' begitu sekali. Apalah yang anak-anak kecil itu tahu tindakan mereka memalukan kita sebagai ibubapa?

Kalau inginkan anak-anak yang duduk diam dan tidak bercakap, peliharalah anak patung!

1 comment:

  1. Syima tak suka mencubit murid murid... Kesian budak kecik kalau dicubit...

    ReplyDelete