Tuesday, 28 February 2012

Ayam Karan.

Tengahari tadi masa nak ambil anak balik sekolah, aku dok sembang dengan dua orang yang dah jauh berumur. Kedua-duanya menunggu cucu. Pakcik yang dua orang ni seingat aku dah hampir 4 tahun berkecimpung sebagai supir mengambil cucu balik sekolah.

Aku biasa bersembang dengan mereka berdua ni. Sesekali terdengar cerita sedih pasal kematian isteri pakcik yang muda sikit. Acapkali bila bersembang, akan ada sahaja diceritakan keperitan hidup berdua bila anak-anak semuanya sibuk. Jiran yang berbangsa Cina sebelah rumah yang selalu tolong bawak pergi klinik. Cuma, bila anak perempuan yang duduk di KL balik, maka dialah yang akan bawa arwah emak dia pergi berubat sana dan sini. Sebut ajer di mana, akan dibawanya. Tapi almaklumlah, duduk di KL dan bukan senang nak dapat balik Melaka setiap hujung minggu.

Sekarang pakcik tu tinggal seorang di rumah. Cucu yang diambil balik sekolah akan duduk dengan dia sehingga petang, sebelum ayahnya datang.

Sedang pakcik tu bercerita, tetiba pakcik yang lebih tua menyampuk...

"kan senang kau duduk KL, ghumah anak sulung kau tu. Aku tengok dia bertanggungjawab. Suami dia pun baik orangnya."

Kau nak sughuh aku dok ghumah berlapis tu? Apa aku nak buat kat sana? Nanti jadi macam ayam karan. Makan tidur, makan tidur, lepas tu penyakit datang."

Kami tergelak dengan jawapan yang diberi. Pakcik tu pandang kat aku dan kata, kau dah tua nanti kau tahulah apa yang aku cakap ni...

1 comment: