Friday, 3 February 2012

Pak Pandir

Pak Pandir dan Mak Andeh baghu je dipindahkan ke tempat baghu. Ladang getah ni terletak di seberang jalan besau. Esok jam 5 pagi, seperti biasa Pak Pandir bergeghak menuju ke ladang getahnya. Biasanya lepas tengahari baghu Pak Pandir balik ghumah. Tapi pagi tu, sebelum jam 7 pagi pak pandir dah tercongok depan pintu ghumah dia. Mak Andeh kehairanan.

Mak Andeh: kenapa bapaknya pulang awai nau?


Pak Pandir: Aku pergilah ke ladang baghu kita tu. Bila aku nak sebeghang jalan aku nampak ada notis besau tertulis DILARANG MEMOTONG.



Satu pagi, sebelum Pak Pandir pergi ladang, Mak Andeh pesan 'kalau2 ada terjumpa orang jual nasi ayam, awak belilah dua bungkus. saya malas nak masak hari ni. Pak Pandir pun singgah ke gerai jual nasi ayam masa haluan balik.

Pak Pandir: nak, bungkuskan pakcik dua nasi ayam ya. Tapi ayam dan nasi tu kamu asingkan ya.


Pekedai: kenapa nak diasingkan pakcik?


Pak Pandir: pakcik tak mahu ayam tu makan semua nasi tu.



'Mak kau! maghi sini kejap'. Jeghit Pak Pandir memmanggil Mak Andeh. Terkocok-kocoh Mak Andeh datang. 'Ada apanya jeghit2 panggil saya ni', balas Mak Andeh.

Pak Pandir: ni ha... aku tanam pokoknya mangga. tapi kenapa pokok ubi yang tumbuh.


Mak Andeh: awak tanam pokok mangga kat tempat lain agaknya...


Pak Pandir: kat sini le aku tanam pokok mangga tu. sebagai penanda, aku pagaukan dengan batang ubi.




Pak Pandir baghu balik daghi ladang.

Pak Pandir: sayang.... panasnya kat luau, sampai berpeluh abang


Mak Andeh: abang bukan setakat berpeluh, badan abang pun ada bau peluh. eeee..... ada kotoran peluh aka daki melekat pada baju.....

Pak Pandir: alamak!



Mak Andeh: tak apa, nanti abang sental baju tu ya guna sabun cap kapak.

No comments:

Post a Comment