Tuesday 14 August 2012

Perihal burung merpati






Dalam gambar di atas, ada dua belas ekor burung merpati sedang bertenggek di dahan sebatang pokok. Kalau seekor nak terbang, berapa yang masih tinggal?

Ada yang jawab sebelas.

Kenapa begitu ya?

Kerana dalam masyarakat Melayu Islam, nak bermaksud dah buat. Atau pun nak sudah memadai dan dianggap sebagai baik.


Pada hakikatnya, tinggal dua belas. Kerana yang seekor tu baru nak terbang. Bukan dah terbang.

Dalam kehidupan seharian kita, kita selalu menyamakan nak dengan dah buat. Nak dan dah buat adalah dua perkara yang amat berbeza.

Yang selalu menggembar-gemburkan perkara-perkara yang akan dibuat adalah mereka yang hidup bergelumang dalam dunia politik. Ramai yang baru bercakap nak buat, isu tersebut disebarkan di serata Malaysia seolah-olah telah dilaksanakan. Golongan ini biasanya berada di pihak yang hanya tahu bercakap tetapi tidak mahu atau tidak tahu melaksanakan apa yang dicakap. Dan mereka juga suka dan hanya tahu menyalahkan orang lain.

Berbanding dengan mereka yang mampu dan sedang atau sudah melakukannya, golongan ini tidak banyak mendapat liputan atau digembar-gemburkan. Dan kalau ada pun, hanyalah diketengahkan kekurangan dari segi perlaksanaanya oleh mereka yang hanya tahu bercakap sahaja.

No comments:

Post a Comment