1. Bila kita bercakap, kita mengulangi apa yang kita sudah tahu.
2. Cuba try test mendengar pula. Mungkin kita akan mempelajari sesuatu perkara baru.
3. Jauh lebih ramai manusia yang sengsara kerana keceluparan mulut dari kepekaan daya pendengarannya.
4. ALLAH jadikan telinga ada sebabnya. Bukan sekadar melengkapkan rupa, malahan letaknya di kiri dan kanan mata, atas sedikit dari mulut.
5. Ada yang capang, ada yang kecil.Yang terlebih mahir tu, dengan izinNYa juga, boleh digerak-kan cuping telinga tu.
6. Bila kita gunakan deria pendengaran, kekadang kita terdengar suara-suara yang tidak pernah kita dengar selama ini.
7. Kita mungkin dengar buat kali pertamanya rintihan anak-anak yang inginkan perhatian. Suara manja suami/isteri yang minta dibelai. Kegelisahan mereka yang berinteraksi dengan kita saban hari.
8. Dan mungkin juga keluh kesah ibubapa kita yang menuntut masa dan perhatian kita.
9. Saya nak berkongsi satu rahsia, iaitu fungsi utama telinga adalah untuk mendengar.