Thursday 19 December 2013

Cicir dipungut. Hilang dicari.

Kebiasaan bila kita membeli ikan, kita akan tanya brp sekilo? Belum pernah kita bertanya bila ikan tu mati sebenarnya. Pernahkah anda bertanya soalan tu? Tak pernah kan?

Kerana kita rasa kita ada kemahiran utk menentukan tahap kesegaran ikan di atas pangkin. Kita tekan perut, tengok pecah atau tidak perutnya. Kalau pecah, kita tak ambil. Kalau tak pecah, kita tekan kuat sedikit dan berulangkali. Bila sah tak pecah, kita rasa ikan tu elok. Lepas tu kita tengok mata ikan. Kalau merah, kita tak ambil. Kemudian kita lihat insang. Kalau masih berdarah, kita ambil sebab ikan tu masih segar dan baru mati, ikut ilmu yang kita ada.


Apa yang kita tidak tahu ialah, kadang-kadang tauke ikan terbalikkan ikan tu kepala ke bawah supaya darah dari perut turun dan insang warna merah.

Dalam berhati-hati, kita terkena.

Sedangkan ikan yang kita beli kita berhati-hati memilih. Kita hendak yang terbaik untuk dihidangkan di atas meja, menjadi jamahan keluarga dan sahabat handai.

Dalam hal-hal yang jauh lebih serius, kita kurang berhati-hati apabila membuat andaian, telahan, keputusan. Kita beranggapan kita jauh lebih tahu dari orang lain. Kita tidak bertanya dari mana sumber cerita, siapa pembawa cerita. Kita tidak ambil kesah. Yang penting bagi kita ialah kita mesti berkata sesuatu dan mesti dihebahkan secepat dan kepada seramai mungkin.

Ada juga yang berhati-hati bila mendengar atau membaca satu perkhabaran. Pelbagai soalan ditanya untuk menentukan kesahihan. Dalam banyak-banyak jawapan yang kita terima, mungkin ada satu atau dua yang tidak dijelaskan sepenuhnya. Dan kita yakin cerita itu benar dan sahih dan kita mula sebarkan, tanpa mengetahui ikan tadi telah diterbalikkan agar darah turun ke insang. Kita tidak sedar yang kita sudah terkena.

Kita tidak pernah belajar dari kesilapan dan sukar menerima teguran. itu yang menjadikan kita ni cerdik tidak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar.

Cicir dipungut.

Hilang dicari.
Sentiasa merungut.
Masa dicuri.

Tak tahu bertanya.
Tak pasti siasat.
Malu bertanya.
Jalan sesat.

1 comment:

  1. Pd akhir zaman, Allah hilangkan Ilmu dgn matinya para Ulama'. Akhirnya ilmu didapati dr Google, sbg contoh. Sy blajau (kr terpaksa) asm tumis (asm pds istilah negeri lain) dari Mak. Dia pakar, terkenal seantero D3.

    ReplyDelete