Saturday 20 October 2012

Kesah Pak Man.

'Assalamualaikum.....'

Siapalak yang bagi salam waktu nak maghrib ni, kata Pak Man di dalam hati. Pak Man bingkas bangun sambil menjawab salam dan menjengah di pintu. Waktu tu hujan renyai-renyai dan kelihatan seorang lelaki berketayap dan memakai baju melayu sedang berdiri di luar pagar. Pak Man pun keluar rumah dan memakai selipar bata.

'Ada apa nak?

'Saya hendak tumpang berteduh'

'Kamu siapa? Dari mana? Hendak ke mana?'

Soalan Pak Man tidak berjawab tetapi lelaki tersebut memandang tepat ke muka Pak Man dengan matanya terkebil-kebil.

Pak Man rasa tidak sedap hati dan mengarahkan lelaki tersebut berlalu pergi.

Selang seminggu, kisah Pak Man tidak membenarkan seorang lelaki untuk tumpang berteduh sudah jadi bualan hangat di surau, balai raya, stesen minyak, kedai kopi, 7 eleven, pasar besar, pasar pagi, pasar malam, starbuck dsbnya. Pak Man tidak kesah dengan cakap-cakap sebegitu kerana mereka semua tidak berada semasa Pak Man mengarahkan lelaki terbut beredar.

Pak Man menunggu masa yang sesuai untuk menjelaskan isu-isu berbangkit. Maka hari dan waktu yang ditunggu pun tiba. Di Pasar Malam.

Pak Man datang ke setiap pasar malam sambil membawa pembesar suara.

Assalamualaikum awal cara
Mukaddimah pembuka bicara
Izinkan saya berkata
Untuk terangkan duduk perkara

Gemuruh kesah saya mengarahkan seorang lelaki pergi dan tidak membenarkan lelaki tersebut menumpang teduh. Saya tidak akan mempertahankan tindakan saya dan saya juga tidak akan memaksa tuan-tuan dan puan-puan mengubah tanggapan terhadap saya.

Saya ada satu cerita dan berharap agar tuan-tuan dan puan-puan sudi mendengarnya sebagaimana tuan-tuan dan puan-puan sudi mengdengar umpatan terhadap saya dan menyambut umpat ke orang lain. Sabar ya. Saya mulakan ceritanya.

Pada suatu petang, keharmonian rumah Pak Ali diganggu dengan jerit pekik orang kampung memaki Pak Ali kerana dikatakan tidak tahu mendidik anak. Pak Ali yang terpinga-pinga terus bertanyakan hal sebenar. Pak Ali menuntut hak dia untuk diberitahu kesah sebenar. Ketua gerombolan menuduh anak Pak Ali telah meraba anak gadis seorang penduduk kampung. Pak Ali mendengar dengan taat dan tidak berkata apa-apa. Pak Ali bersabar dengan bahasa yang digunakan oleh mereka. Apabila ada ruang untuk Pak Ali berkata, maka Pak Ali minta mereka bersabar dan ingin menyiasat. 'Saya minta maaf kerana saya tidak tahu menahu apa yang sebenarnya yang telah berlaku.' Kata Pak Ali cuba meredakan kemarahan.

Tiba-tiba, seorang pemuda menempelak...

'Pak Ali oi.... Memang le Pak Ali tidak tahu menahu, tapi tugas Pak Ali ialah kena ambik tahu.'

'Tuan-tuan dan Puan-puan, saya hanya menjalankan tugas seorang ayah dan suami semasa saya mengarahkan lelaki tersebut untuk beredar. Saya lebih mementingkan keselamatan ahli keluarga saya. Jika sesuatu berlaku, saya tetap akan dipersalahkan kerana tidak ambil tahu.' kata Pak Man sambil menutup pembesar suara dan mengemaskan barangan yang dibawa.

No comments:

Post a Comment