Jangan kuningkan otak anda. Kih kih kih
Dah macam jadi budaya orang kita, perkara yang serius, yang betul-betul, bukannya cobaan, dibuat main-main. Bila kita nak serius, akan ada seseorang yang mula main-main. Kalau dia seorang jer tak apalah, ni tidak, dia mula pengaruhi orang lain untuk main sama-sama. Akhirnya tidak terkawal dek pujukan ajak main-main ni....
Tak percaya, cuba tanya mereka yang jadi ketua, supervisor, atau mereka yang cuba buat ceramah, taklimat atau penjelasan. Dalam reramai yang hadir akan ada seorang yang anggap perkara yang hendak kita kongsikan itu, sebagai main-maian. Dan mereka akan mula main-mainkan perasaan kita, mula kacau dan pengaruh agar akan ada hadirin yang beralih arah.
Ada tu pulak, dia suka main macam-macam.
"aku la ni main saham. adalah untung sikit2. kau mainlah saham sekali dengan aku. adalah aku kawan nak lepak ngadap screen kat syarikat saham tu.."
"aku pulak main mlm. produk boleh tahan. ghamai yang masuk. kau ikutlah aku main mlm. produk baik ni..."
"aku dengau, jiran aku buat duit main online business. aku ghasa macam nak main online business je. manalah tahu, boleh buat duit mcacam jiran aku tu"
Bila pulak orang main saham? main mlm? main online business?
Bila penggunaan bahasa tak betul, macam mana nak dapat hasil yang betul2 jitu?
Pelaburan saham dikatakan main2. Menceburkan diri dlm mlm dikatakan main2. Bila ungkapan itu menunjukkan kita tidak faham apa yang kita ceburi, maka dengan sendirinya kita akan buat kerja main2. Tidak serius.
Pelaburan dalam saham atau amanah saham, perniagaan mlm dan online business memerlukan ilmu dan semangat yang jitu. Kerajinan di tahap tertinggi. Bukan main2 punya kerja.
Ni tidak, sikit-sikit ajak main....
kita main2 pantun kat pesbuk sudah le pak man.. kakakaka
ReplyDeletehahaha
Deletenanti pakman nak alihkan pertandingan pantun kat blog ni. senang nak pantau dan posting tak hilang.