Sunday, 27 May 2012

SDARA Melaka 63rd Monthly Breakfast 27th May 2012

Alhamdulillah.


We had our 63rd consecutive monthly breakfast at Nangis Kitchen this morning. In the run up to our breakfast, as usual notices were put up in sdara egroup and fb. This time around some pantun were shared to entice sdarians to come. There were two pantun for your reading pleasure.



Sungguh tinggi pokok ketapang

Tinggi juga pohon meranti

Jauh dekat tuan2 datang

SDARA Melaka senyum menanti





The first pantun was to welcome all sdarians to our breakfast session.



Cik Aini dada bidang

Jalan tonggek bertumit tinggi

Sdarian jemputlah datang

Tak tertahan rindu di hati





While the second pantun was for those who have been absent for quite sometime. This pantun was sent via text messages direct to their handphones. Some replied with pantun.


Pantun from:-

1. HJ Ismail Ab Latif (fiver 67)


Makan ikan tercekik tulang
Sakit tekak hingga terlentang
Bukan saya tak nak datang
Setiap Ahad ada je aral melintang



2. Dr Norhisham Khamis (fiver 82)




Tumit tinggi sakit kaki

Absent lagi minum pagi





3. Tuan Hj Rezo Sedik (1st batch/fiver 61)




Bangun pagi-pagi
Duduk sampai petang
Sdarian minum pagi
Nanti saya datang



Enough of the pantun.


As usual, we welcomed first timers to our breakfast, namely Jamaludin Bujang (82), Khairul Anuar (80, Rusli Leman (81) Capt Abd Raman Brahim (80)) and Nik Khairuddin Fathi (77). As Sdara Khairul Anuar and NKF have children studying in Melaka, they were asked to schedule their journey to Melaka on the last Sunday of the month, so that they can join our breakfast regularly.


Three SDARA Excos joined our breakfast and campaigned for membership drive. Quite a few signed up for Life Member, while some updated their information. As for me, I am Alive Member. For details of membership, please contact SDARA Exco for information and procedures.


Attendees as follows:-


1. Kamarulzaman @ kudo (82) SDARA Exco - membership
2. Nazir Md Shah (93) SDARA Exco - Secretary
3. Hj Rezo Sedik (61)
4. Abd Haris Ali (82)
5. Hj Muhammad Abdullah (68)SDARA Melaka Chairman for Life
6. Hj Azhar Ismaun (82) SDARA Melaka Deputy Chairman for Life
7. Nor Ehsan Jamaan (82) SDARA Exco
8. Jamaludin Bujang (82)
9. Mohd Hisham Tamby Ahmad (81)
10. Abd Rahim (76)
11. Khairi Anuar @ baduk (82)
12. Kamaludin Niat (80)
13. Khairul Anuar (80)
14. Hj Abd RAhman Meran (71)
15. Rusli Leman (81)
16. Ahmad Latifi (80)
17. Datuk Azhar Wahab (82) TYDP SDARA
18. Nik Khairuddin Fathi (77)
19. Capt Abd Raman Brahim (80)
20. Shamsul Ariffin @ Nangis (84)
21. Rosman (84)


Notable absentees with permission:-


1. Hj Jalil Morah, wedding in KL
2. Hj Ismail Latif, refer the pantun above
3. Ali Aman, gathering of 1 Million Ummah at MITC
4. HJ Yaacob, school holiday. Grandchildren at home.
5. Khodri, busy.
6. Tajudin @ Wood, in Batu Pahat
7. Hj Ninggal, at MIL house in Rengit
8. Hj Azutdin, because Hj Ninggal in Rengit
9. Abedib, sending his sister to Mekah
10. Dr Norhisham, refer pantun.


Till we meet again, InsyaALLAH, on the 24th of June 2012 for the next SDARA Melaka Monthly Breakfast.




Tuan datang dengan rela
Ramah mesra gurau senda

SDARA Melaka rasa gembira

Rasa puas menjamu selera



Once a Sdarian
Always a Sdarian.

Thursday, 24 May 2012

Rahsia Kejayaan.


Seorang wakil Takaful dapat setkan satu temujanji dengan seorang usahawan yang bergelar Datuk. Sudah beberapa kali permohonan hendak berjumpa tidak dilayan. Jadi, apabila Setiausaha Datuk Usahawan menalipon, wakil Takaful tersebut terus setuju dengan masa dan hari yang dicadangkan.

Seperti yang dijadualkan, wakil Takaful pun sampai di pejabat Datuk Usahawan tersebut. Di ruang menunggu, tersergam indah beberapa gambar yang melambangkan kejayaan Datuk Usahawan tersebut. Ada potret dengan Sultan, Perdana Menteri, Ketua Menteri dan tokoh2 politik negara.

Di satu sudut, terdapat almari yang menempatkan gambar2 dan koleksi hadiah dari sukan golf yg diceburi. Wakil Takaful tersebut cukup kagum dangan apa yang dicapai oleh Datuk Usahawan tersebut. Berkatalah ia dalam hati bahawa aku bertuah dapat berjumpa Datuk Usahawan ni. Aku nak tahu bagaimana dia boleh berjaya agar aku pun boleh berjaya macam Datuk Usahawan ni jugak.

Lamunannya terhenti apabila suara manja Setiausaha Datuk Usahawan memanggil dan memberitahu Datuk Usahawan sedia berjumpa.

Dengan penuh senyuman dan mengatur langkah, wakil Takaful pun bergerak menuju ke pejabat Datuk Usahawan. Pintu diketuk seraya memberi ucapan salam. Datuk Usahawan membalas salam dan bangun menjemput duduk. Wakil Takaful teruja dengan sambutan yang diberi.

Setelah berbual sebagai membuka bicara, Datuk Usahawan bertanya, "kalau tak silap saya, kamu jumpa saya ni nak tahu rahsia kejayaan saya. Betul ke?

"Betul Datuk Usahawan. Saya ingin mendalami rahsia Datuk Usahawan agar saya pun boleh membina kejayaan saya sendiri, InsyaALLAH", ujar wakil Takaful.

"Datuk, boleh Datuk berkongsi apakah rahsia Datuk sehingga mencapai ke tahap ini dan menerima banyak anugerah keusahawan."

Datuk Usahawan pun berkata, "Saya amalkan tiga prisip dalam membina kejayaan ini. Pertama, nafsu. Kita mesti bernafsu apabila ingin melaksanakan sesuatu. Kedua, Semangat. Semangat mesti kuat. Jangan mudah mengalah. Jangan mudah merajuk. Ketiga, tenaga. Tenaga mesti mantap. Walaupun bernafsu dan bersemangat, tetapi kalau tak bertenaga, susah nak buat banyak perkara"

"Datuk memang hebat. Satu lagi Datuk, di ruang tamu tadi, dalam almari tu menceritakan pencapaian Datuk dalam sukan golf. Dengan kesibukan Datuk membina perniagaan, Datuk masih boleh mencapai kejayaan dalam sukan golf. Apa rahsia Datuk?"

"Sama juga rahsianya. Nafsu, Semangat dan Tenaga"

"Oh... Datuk memang mantap. Satu lagi macam dah jadi kebiasaan bagi usahawan berjaya, akan menambah isteri. Apakah Datuk tidak berhajat?" usik wakil Takaful sambil disambut ketawa kecil Datuk Usahawan.

"Hajat memang ada. Nafsu memang sentiasa meluap2. Semangat memang sentiasa membuak2. Tenaga aje yang tiada."

Wednesday, 23 May 2012

Janitor and an MP.


Once upon in time, in England, a shrewed young man just won in the election and he would be the youngest MP in the history of England.

He was elated and can't wait to be at the Parliament House. He got himself the finest suit. A few days before the Parliament started, he went to a saloon and get a new hair cut.

He could not have a good night sleep prior to the greatest occasion in his life. The day did come. He woke up early, spent almost an hour in the bathroom, another hour to get himself ready. All the excitement was because that day, he would be the youngest MP ever. What an achievement!

So, he went to the Parliament House. Parked his car and walked towards the building. As he entered the building, the janitor smiled and asked,

"Is this your first day in parliament?"

The young MP aknowledged the janitor and with the sweetes smile he replied, " Yes, and I cant wait get involve in the debate."

"Sir, may I offer you an advice?" quipped the janitor.

"Yes, you may"

"Sir, its better for people to wonder why you did not speak rather than why you speak"

Tuesday, 22 May 2012

Atuk, Atan dan Gajah

Al kisah di sebuah kampung di pendalaman, tinggallah seorang budak bernama Atan dengan datuknya sejak kecil lagi. Kedua ibubapa Atan meninggal dalam satu kemalangan. Maka bermulalah kehidupan Atan sebagai anak yatim piatu. Kehidupan datuk dan cucu tersebut penuh ranjau duri. Di mana ada datuknya, di situ jugalah adanya Atan.

Cukup masanya Atan melangkah ke tahun 1 persekolahan. Seronok Atan dapat kawan baru. Kelas pembelajaran berlangsung pada minggu kedua persekolahan. Setibanya Atan di rumah, dia disapa datuknya yang duduk di pangkin.

'Atan.... tadi Atan belajar apa kat sekolah?'

'Atuk, tadikan cikgu cerita pasal gajah. Atuk pernah jumpa gajah?' tanya Atan sambil duduk di sebelah datuknya.

'Bukan setakat pernah jumpa, atuk biasa main dengan gajah.' kata datuk Atan sambil menggulung rokok daun.

'Atuk pernah bermain dengan gajah? tanya Atan dengan kehairanan kerana datuknya tidak pernah bercerita pasal gajah. 'Atuk..... gajah tu besar ke? tanya Atan.

'Gajah tu besarnya macam dapur rumah kita.' kata atuk sambil memandang muka Atan.

'Tapi tuk, cikgu Atan cakap, gajah tu besar macam van.'

'Oh.... yang tu anak gajah. Kalau dah tua, besar gajah tu macam dapur tau Atan.'

Atan kehairanan. Atan bercerita lagi pasal gajah. 'Tuk...Tuk... kaki gajah bentuknya macam mana?'

'Runcing bak buluh.' jawab atuk dengan yakin.

'Atuk ni betul ke pernah jumpa gajah? Cikgu cakap kaki gajah tu besar dan tapak kakinya lebar.' jawab Atan sambil mengetap bibir. 'Asalnya kaki gajah tu runcing bak buluh, tetapi gajah selalu hentak hentakkan kaki, tu yang jadi besar dan lebar tapaknya.' Jawab atuk dengan yakin. Dalam hati Atan sudah mula meragui datuknya. Semua yang dijawab datuknya, tidak sama dengan apa yang dicerita gurunya tadi. Suasana menjadi sunyi buat seketika. Atan dan datuknya duduk di belebas pangkin sambil membuai-buaikan kaki mereka.

Betul ke atuk pernah bermain dengan gajah? tanya Atan dalam hati. Dengan nada memujuk, Atan bercerita pasal belalai dan fungsinya. 'Tuk... belalai gajah tu lembut tapi kuat'

'Siapa kata belalai gajah tu lembut? Cikgu kamu tu silap. Belalai gajah tu keras bak besi.'

'Tidak tuk, cikgu cakap belalai gajah tu lembut..' bentak Atan.

'Memanglah asalnya lembut, bila selalu kena belai, lama-lama jadilah keras.' balas atuk dengan tegas.

Atan ketawa besar kerana Atan tahu datunya kelentong. Datuknya tidak tahu dan tidak pernah berjumpa dengan gajah. Atan ingin menguji datuknya buat kali terakhir.

'Tuk........ gajah makan apa?'

Dengan pantas , datuknya menjawab 'TOMYAM'

Sepantas kilat Atan jatuh ke tanah berguling sambil ketawa terbahak-bahak.

Monday, 21 May 2012

Your parents and you.

You never knew that you have so many hidden talents and skills until you take care of your ageing and sick parents. I gathered this information from the 'support group' of those taking care of their aged and sick parents. I have this support group that I talk to as often I could over breakfast. It helped me tremendously in trying to come to terms when my mum was very weak after her operation. Then my father started to become dependent in recent months. Even though not totally dependant, still certain things we have to help him.

With time you realised that you've become a good listener. You've got to really pay attention just to understand what they are saying. At some point you will play the 'guess the word' game, only this time around you have to guess how many consonants and the words itself.

You know that you can be patient. You have to. It is the most important characteristic that you must have when taking care of aged and sick parents. Spending some quiet moment with them help you realise what's important. You reorganise your priorities. You make some sacrifices. Personal life is a luxury now. It's ok. Maybe you can catch up sometimes in the future. Spousal support and understanding really helps. Sometimes you enrol your children to help. Any help from your family members in taking care of your parents will lift some burden of your shoulder.

'When one of them or both become dependent, you found yourself doing the job of a nurse, hospital attendants, cleaners, psychologist, admin clerk at the information centre, personal assistant, etc etc etc. You need no certification to do what you are doing for your parents. Yet you will be judged by others. Those who judged you claim to know how to treat and care for ageing and sick parents. The funny thing is that, they were seldom around. That's life.' said my breakfast buddy. This friend of mine has got both legs amputated below the knee because of diabetis, and currently going for dialisis three times a week while going for treatment for his heart. He is dependent on his wife. They have four children, all girls. Two already married and the other two are still studying. And they are taking care of her mother for the past few years. I have the utmost respect for this guy and the highest admiration for his wife.

One of the best advice I received recently from a friend. In his test message, he wrote. 'just smile and keep your mouth shut when taking care of your parents.'

Bye for now.

Thursday, 17 May 2012

Raya Gathering SDARA Melaka Chapter 2008


Sambutan Jamuan Raya 2008 diadakan di rumah Tuan Hj Ismail Ab Latif, Fiver 66. Kehadiran memberangsangkan dengan dihadiri sdara jauh dan dekat.






































Monday, 7 May 2012

Satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan.

Cghita ini adalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan mana-mana jenis sekolah, mana-mana guru atau mana-mana murid. Nama-nama yang digunakan adalah rekaan semata-mata.

Pada satu hari, Cikgu Ayu memberikan kerja sekolah kepada anak murid. Mereka semua diehendaki membuat satu karangan yang bertajuk.

SATU PERISTIWA YANG TIDAK DAPAT SAYA LUPAKAN.

Setelah memberi penerangan, Cikgu Ayu memandang Zulkarnain dan berkata, 'Untuk kamu seorang, saya berikan satu tajuk yang melambangkan sikap kamu. Cikgu Ayu pun pergi ke papan hijau dan menulis...

PERISTIWA-PERISTIWA YANG SAYA TIDAK INGAT.

Zul kehairanan dan mengulang apa yang ditulis oleh Cikgu Ayu dan bertanya kenapa tajuk karangan beliau pelik dan berbeza dengan rakan kelas yang lain. Cikgu Ayu hanya diamkan diri dan meninggalkan kelas. Zul terpinga-pinga sambil menggelengan kepala.

Apabila sampai di rumah, Zul beritahu ayahnya mengenai kepelikan tajuk soalan karangannya. "Macam mana nak tulis sesuatu yang kita tidak ingat? Peliklah cikgu kamu tu Zul' Tapi ayah, hanya saya yang dapat soalan yang ni. Rakan lain dapat tajuk SATU PERISTIWA YANG TIDAK DAPAT SAYA LUPAKAN. Mendengar kata-kata anaknya, si ayah terus naik angin. 'Tak pa, esok ayah pergi jumpa cikgu kamu'

Maka, berdepanlah si ayah dengan Cikgu Ayu di bilik guru. Zul hanya diam membisu. Sebaik sahaja soalan ditanya, maka dengan tenang Cikgu Ayu menjawab....

'En Abu, setiap kali saya tanya Zul, mana buku? Dia jawab, 'saya lupa nak bawak cikgu.'
Bila ditanya kerja sekolah, dia jawab, 'saya lupa nak bawa cikgu.'
Saya ada kirim surat minta En Abu datang berjumpa dengan saya. Bila En tak datang, saya pun tanya Zul. Dia jawab, 'saya tak ingat mana saya letak surat tu cikgu.'
'Setiap soalan ditanya, jawapannya samada lupa atau saya tak ingat.'
'Tapi, terima kasihlah erana En Abu datang berjumpa dengan saya hari ni. Harap-harap lepas ni, si Zul akan ingat peristiwa ni sampai bila-bila.'

Ok Zul, kamu bolehlah buat karangan yang bertajuk SATU PERISTIWA YANG SAYA TIDAK DAPAT LUPAKAN dan hantar sebelum balik sekolah nanti ya.




Aku ridikulos?

Ada tiga kesah yang nak aku kongsikan.


1. Apek dan anjing

Apek ni selalu bawak anjing dia jenjalan waktu petang dan akan menceroboh kawasan ghumah mak aku. Dia akan bawak anjing dia ke penjuru ghumah mak aku dan anjing dia akan kencing kat pokok mangga. Lepas tu, anjing tu akan bergerak ke satu lagi pokok mangga sambil menarik tuannya sekali. Lagi sekali anjing dia kencing. Maknanya, setiap petang, anjing dia akan kencing kat dua batang pokok mangga ghumah mak aku. Setelah beberapa kali teguran gunakan bahasa isyarat tidak diendahkan, maka aku pun pi ngadap tuan anjing tu sebelum sempat dia bawak anjing dia masuk kawasan.

'apek ah... gua sudah manyak kali kasi bahasa isyarat sama lu tak mau anjing lu kencing dekat sini. Tapi lu tak a paham. cam nilah apek.... gua cakap sekali je, gua tak a mau lepas ni lu bawak lu punya anjing mari sini.... Lu pernah nampak tak gua bawak babi pi kencing kat lu punya lumah? Tak da kan? Lain kali, lu tanam pokok mangga, biaukan lu punya anjing kencing kat pokok mangga rumah lu boleh?"

Dan sejak dari hari itu, apek tu kalau bawak anjing dia jenjalan, tak masuk dah kawasan ghumah mak aku.


2. Budak cina dan daun pisang

Hujung ghumah mak aku tu, dah kigha taman perumahan. Cina ghumah hujung tu dia berniaga. Kalau bergaduh laki bini, mak ai.......

Satu haghi aku kat atas motor, depan pintu ghumah mak aku. Aku nampak anak lelaki dia datang ke laman ghumah mak aku sambil bawak pisau. Aku ghasa macam dia nak pi ambik daun pisang. Aku pun jerit bagi tahu jangan ambik daun pisang tu. Tapi dengan selamba dia teghus pi kat pokok pisang tu dan diambiknya daun pisang tu.

Aku pun start motor, pi ke ghumah dia dan buat havoc. Bapak dia keluau dan tanya, 'lu apa hat?". Aku katalah anak dia ambik daun pisang walaupun aku dah jerit kata jangan. Bapak dia tanya, 'berapa harga? aku bayau'. Aku cakap dengan bapak dia...

'Apek, wa tak mau lu punya duit. Wa mau lu punya anak kasi gam balik itu daun pisang.'

Bapak dia tak puas hati, keluaukan RM10 dan pegang tangan aku sughuh ambik. Aku tolak tangan dia dan aku ulang balik yang aku nak anak dia gamkan balik daun pisang tu.

Bapak dia teghus menjeghit dalam bahasa cina, panggil anak dia keluau. Anak dia kena hamuk dan aku tak berganjak walau seinci pun. Bila bapak dia dah diam, aku cakap kat anak dia...

'lu kalau berani, lu masuk kawasan ghumah mak aku'

Itu adalah kali terakhir daun pisang ghumah mak aku diambik budak cina tu.


3. Malaikat maut

'Owang kampung kita ni, bila ada kematian, aku selalu tak tahu. Kalau tahu pun, biasanya dah lambat.' Aku diam seribu bahasa sebab malas nak layan orang camtu. Kakak kat kedai tu kata sambil nada memujuk...

"kan ke si Rosman dah bagi tahu kat kau, kau pergi je le. Yang kau nak membebel tak tentu pasal kat kedai aku ni kenapa? Lepas ni kau pergi'

Aku ingatkan dah gheda, ghupanya dia sambung lagi...

'Ialah aku ni siapa? Kalau bab2 mati ni, selalunya lambat nak bagi tahu. ini pun nasib baik jumpa si Rosman kat kedai ni, kalau tak, aku pun tak tahu'

Aku dah mula naik angin. Dengan sepantas kilat aku pandang kakak tu, aku renung mata dia dalam2 dan aku lepaskan gegham aku...

'hei kak, lain kali, bila sembahyang, mintak doa kat ALLAH, sughuh pesan kat malaikat maut, supaya singgah kat ghumah akak dulu, bagi tahu akak dia nak cabut nyawa siapa hari tu. Lepas tu akak pi ghumah polan bin si polan tu sebelum dia mati. Dah bagi tahu ada sedagha meninggal pun mulut nak  bercakap je....'


Saturday, 5 May 2012

Teh Tinggi SDARA Fivers 71 di Villa Manora

SDARA Fivers 71 bersakau di Melaka selama dua hari, iaitu 5 dan 6 Mei 2011. Gambar dirakamkan sempena Hi-Tea di Villa Manora iaitu rumah Tuan Hj Abd Rahman Bin Meran.

Sebelah malam nanti mereka akan Makam Malam Beradat di sebuah restoran di Cheng, manakala pada esoknya, Ahad, mereka akan bersarapan bersama Sdara Melaka di Nangis Kitchen.

Mohd Shah 

Chino dan Pak Abu aka Hozami

Cuba teka siapa yang berkacamata?

Tajudin aka wood, F1 tahun 72.

Berbaju merah tu, katanya bernama Hasan

Datuk Halim

Akhir Sharif dan ?

Chino dan ?

Tuan Villa dan Pengerusi Melaka Chapter


Sdarina

Pengerusi Melaka menjemput Mohd Jamin


Othman Ghani dan Datuk Rahim Uda

Jamil Tambri sebelah kanan. Yang makan sambil berdiri tu Mohd Shah.