Sunday, 25 March 2012

SDARA Melaka Monthly Breakfast 25-03-12

As usual, this morning we had our monthly breakfast at Nangis Kitchen. Nangis Kitchen is located just outside of Masjid Al Azim, Melaka State Masjid, and behind Kompleks MAIM. The master chef is our beloved Sdara Shamsul Ariffin Senin.

Notice to members were posted in SDARA Melaka-Muar-Batu Pahat group in fb, SDARA yahoo group and followed up with smses sent yeasterday. Attendance was superb, with sdara Nordin Bidin came all the way from Jementah just to meet up with fellow sdarians. He came a few times before and as usual he brought along some buah. And sdara Aziz Ahmad fiver 72, from Tampin, came for the first time at the invitation from sdara La-O-Be. Sdara Rosli Bujang happened to be in Melaka on the last sunday of the month and made the effort to be among us, his blood brothers.

I caught sdara Omrin wandering alone by the Pantai Puteri Beach last night and pleaded for him to come to his senses and be present at our breakfast. Alhamdulilah, he did come.

I share with you some of the pictures taken by the unofficial photographer during our breakfast this morning.


Standing: Hj Azhar Ismaun, receiving instruction from Abd Halim Yunus. Ahaks.

Cikgu Mohd Amir with a special hair do to mark the occasion. Hehehe. And Omrin si always smiling.

Imam Cikgu Helmi. Oredi retired.

Amirrudin Baba and Tajudin Wood. The staunch piakers.

Wood, Hj Rezo Sedik, sdara 1st batch, and Jamil Tambri

Aziz Ahmad, fiver 72, came for the first time. Flanked by Omrin, to the left and Cikgu Mohd Amir to his right.

Ahmad Khodri, Menteri Besau Terengganu, the most junior to grace the occassion.

Hj Azhar Ismaun and Kamaludin Niat

Helmi, Dhom Mahsih and Biddu Detapper aka Nordin Bidin.

Aziz Ahmad, standing and answering the call from his boss and he had to shorten his time with us.
Next time, switch off ur hp please. hehehe.

Rosli Bujang, and he's married.


Ali Aman

Al Buyung aka Badrolhisham

Hj Muhammad. The lifetime Chaiman of SDARA Melaka Chapter.

The wives of four sdarians. Left to right (Madolah, Rosli bujang, Helmi and Amirrudin)

One of the issues that attracted a lot of attentions was brought up by Abd Halim Yunus. He said that it is better to have four wives than being and Adun or MP. Most of us agreed to it. Hehehe.

One of our regulars when he was fit and healthy, Hj Anuar Yatim, was sadly missed by all of us.

Attendees:

1. Hj Rezo Sedik, 61
2. Mohd Hisham Tamby Ahmad, 85
3. Nordin Bidin, 79
4. Nangis, by default, 84
5. Abd Halim Yunus, 81
6. Mohd Amir. 75
7. Hj Muhammad Abdullah, 68
8. Hj Badrolhisham Idris, 77
9. Ali Aman, 79
10. Hj Azhar Ismaun, 82
11. Rosli Bujang, 80
12. Kamaluddin Niat, 80
13. Khodri, 96
14. Helmi, 75
15. Omrin, 72
16. Aziz Ahmad, 72
17. Tajuddin Ahmad, 77
18. Jamil Tambri, 72
19. Amiruddin Baba, 77
20. The unofficial photographer, writer, blogger, 84

Absent with permission:

1. Hj Azhar Wahab, cutting the grass at one of the prestigious Golf Club in Melaka.
2. Hj Ninggal, being a mithali son-in-law, at Rengit.
3. Hj Ahmad, had to cook for his wife who was not feeling well
4. Hj Mohd Noh Bayi, plucking buah sawit.
5. Hj Halim Sohot, function at Masjid MITC

The rest could not come as time was jealous.

Till we meet again for our next breakfast session on the April 29th, 2012.
Take care, sleep tight, sweet dreams and do not forget to invite other sdarians, near or far, for our next breakfast.

p/s: We miss orang Jbians.

Prepared by
Setia Kena Usaha
SDARA Melaka Chapter.



Thursday, 22 March 2012

Lain Ulu Lain Parang.


Dulu, kawasan rumah tidak berpagar.
Kini, satu kawasan perumahan berpagar.




Dulu, kita minta jiran menegur salah anak kita.
Kini, kita tidak menegur jiran.




Dulu, kita diajar berbudi bahasa.
Kini, kita langgar bahasa.





Dulu, dengan senyuman banyak perkara selesai.
Kini, dengan senyuman banyak perkara tergadai.




Dulu, kita membesar 
dengan masakan ibu.
Kini, anak-anak membesar 
dengan masakan orang lain.


Dulu, sebelum Maghrib kita dah ada dalam rumah.
Kini, anak-anak keluar menjelang Maghrib.


Dulu, bila ada tetamu di rumah, 
kita diam dan 'hilangkan' diri. 
Kini, anak-anak sama sibuk menjamu selera.


Dulu, kita berhubung walaupun tiada talipon.
Kini, kita tiada masa untuk berhubung walaupun maklumat di hujung jari.




Dulu, kita berjalan kaki untuk berziarah.
Kini, kita tidak berziarah walaupun berkenderaan.


Dulu, jarak hanyalah masa.
Kini, kesibukan adalah sempadan.


Dulu, masa serba kekurangan, 
semuanya ok.
Kini, bila masing-masing dah bersayap, 
hubungan makin renggang.


Dulu, kita bermain-main di luar rumah. 
Dari rumah ke rumah.
Kini, anak-anak bermain-main dalam bilik. 
Dari bilik ke bilik.


Dulu, kita keras menunggu.
Kini, kita menunggu keras.


Dulu, tidur bertemu hidung.

Kini, tidur bertemu punggung.


Dulu, kita cukup takut dengan guru.
Kini, pelajar dah tak takut 
nak kurang ajar dengan guru.


Dulu, kita diajar untuk hormati orang tua.
Kini, orang muda kata kita tidak akan hormat 
semata-mata kamu lebih tua dari kami.


Dulu, kita bersusah payah untuk hidup.
Kini, anak-anak bersenang lenang membazir.


Dulu, kita memanggil ikut pangkat kekeluargaan.
Kini, kita dipanggil ikut gelaran dilabel.


Dulu, ibu bersusah payah bangun pagi 
kejutkan kita ke sekolah.
Kini, ibu juga yang bersusah payah bangun pagi kejutkan kita untuk pergi kerja.


Dulu, sesekali kita makan di luar.
Kini, sesekali kita makan sebagai satu keluarga.


Dulu, ibubapa sibukkan diri mereka untuk kita.
Kini, ibubapa sibukkan diri untuk 
pendamkan rasa rindu.

Wednesday, 21 March 2012

Tabbats Tabbats

Teringat zaman kecik-kecik dulu. Bila nak pergi sekolah, punyalah bercinta. Kisah ni masa aku darjah 2 pada tahun 1975. Aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang atau Sekolah Rendah Inggeris Bukit Baru di Melaka.

Kena bangun pukul 5 pagi. Keluar ghumah 5.30 pagi. Jalan kaki lebih kurang 500 meter, kena tunggu bas berdekatan dengan kubur kristian. Bas town iaitu Bas Paya Ikan datang dalam jam 6.30. Bas pulak sejam satu. kalau terlepas, kenalah naik bas 7.30 Kadang-kadang mak aku temankan. Biasanya aku jalan sendiri.

Kenapa aku keluau ghumah 1 jam sebelum bas sampai? Padahal jaraknya hanyalah 500 meter?

Ini kerana kekadang aku kena berlumba lari dengan anjing-anjing. Sepanjang jarak 500 meter tu, ada tiga tempat yang pasti ada anjing nak ajak aku lumba lari.

Kadang-kadang, anjing-anjing tu mengelat. Belum sempat sebut ALIMAT.... GESEK.... GO!, anjing-anjing tu dah kejau sebelum aku sampai kat tempat derang berkumpul. Maka aku kena lari berpatah balik. Riki keadaan dan mencuba nasib. Kalau ada ruang nak lepaskan diri, aku yang mengelat. Aku lari dulu.

Setiap kali ada anjing, aku akan baca TABBATS TABBATS, dengan harapan anjing-anjing tu akan kesian kat aku. Lagi laju aku berlari, lagi kuat dan lagi banyak aku baca TABBATS TABBATS. Tapi hampas. Ghupanya anjing tu tak heran dengan jampi TABBATS TABBATS. Aku pun tak tau apa makna jampi tu. Hehehe. Tapi masa tu, apa saja yang diyakini dapat halau anjing-anjing, akan aku baca.

Bila anjing-anjing tu dah mula terbiasa dengan kelibat aku setiap pagi, lama kelamaan perjalanan aku menunggu bas lebih tenang dan tanpa gangguan. Bolehlah aku keluau ghumah lewat sikit sebab dah tak perlu gostan. Dengan sendirinya bacaan TABBATS TABBATS tidak kedengaran lagi.

Tuesday, 20 March 2012

Lapang.

Tersebut al kisah di satu daerah di negeri Terengganu. Ada satu keluarga terdiri dari tujuh orang. Keluarga ini agak serba kekurangan dan tidak berkenderaan. Kalau hendak ke luar daerah, maka kesemua mereka akan menaiki bas.

Setelah sekian lama mengumpul duit, maka si bapa membawa kesemua ahli keluarga ke Pusat Jualan Perodua. Gembiranya hati isteri dan anak-anak yang seramai lima orang. Dengan pendapatan yang tidak seberapa dan jumlah duit yang terkumpul, si bapa hanya layak membeli Perodua Kancil.

Sementara si bapa mengisi borang, ibu dan anak-anak mengahmpiri kereta Kancil yang ada dalam ruang pameran. Ke semua pintu dibua, ditutup, dibuka kembali. Mereka semua menuggu si bapa untuk sama-sama mendekati kereta Kancil tersebut.

Si bapa pun datang dan terus duduk di tempat pemandu dan menyruh isterinya duduk di sebelah. Dan anak-anak mereka berebut-rebut hendak masuk dan duduk di belakang. Keadaan agak sempit apabila kelima-lima anak mereka cuba masuk dan duduk. Maka berhimpitlah mereka berlima dan suasan jadi hingar dengan telatah anak mereka.

Dengan tidak semena-mena anak yang bongsu berkata,

"Kang besh kalau kita ada lagi sorang adik?"

Si ibu dengan tersenyum menjawab....

"Kamu berlima kat belakang tu dah sempit, ni nak tambah lagi sorang?"

Dan anak pun dengan selamba menjawab...

"Kita bertujuh memanglah sempit. Kalau ada adik, barulah lapang."

Monday, 19 March 2012

Jaket Korporat

Setiap orang pasti mementingkan penampilan, terutama pada yang bekerja disektor kerajaan dan juga swasta.

Tidak lupa juga kepada yang bekerja sendiri, seperti ahli perniagaan, tokoh korporat dan sebagainya.

Mungkin anda adalah pemimpin pelajar, atau presiden persatuan di ipt, anda tentu inginkan barisan kepimpinan anda nampak segak dan bergaya di dalam satu majlis rasmi.

Terutama jika berurusan dengan pihak atasan, dalam majlis dan sebagainya. Berkebetulan, anda berpakaian selekeh, baru keluar dari pejabat. Tiba-tiba dipanggil masuk pejabat, untuk berurusan dengan client atau sebagainya.

Jadi, jika anda memiliki jaket korporat, anda hanya perlu sarungkan dibadan anda, terus tampak bagai seorang eksekutif. Inilah satu sebab mengapa anda harus memlikinya.

Selain itu, anda boleh jadikan sebagai hadiah untuk yang tersayang, kepada bos anda, abang, kakak, adik, ibubapa dan sebagainya. Dengan harga borong yang mampu milik.

Penghantaran kami adalah melalui pos laju, kemana-mana destinasi anda dalam Malaysia. Kos pos kami adalah PERCUMA.

Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh rujuk web di bawah, yang menyediakan jual beli jaket korporat secara online.

Pembelian yang mudah dan pantas dan juga web juga mesra pelanggan.


Dapatkan Jaket Korporat anda di http://goo.gl/Of8zV





Sunday, 18 March 2012

What is your purpose coming to our country?

The British Immigration and Higher Education Departments were puzzled when there were discrepancies in their records of Malaysian of Chinese origins studying Medicine. Engineering, Architecture and Law.

In the record provided by the Higher Education Department, only 5 % are studying law, while the record provided by the Immigration Department shows that close to 90% said they wanted to study law when asked at the entrance.

Both department officials were puzzled by the high discrepancy and despatched their top officials to meet with Malaysian counterparts.

"We are puzzled to why only 5% of your citizen of Chinese origin study law, when at entrance almost 90% said they wanted to study law. Hope Mr Chong can help enlighten us."

Mr Chong smile, sit up straight and said...

"You see, when you ask any chinese the purpose of their coming to your country, most of us will respond this way, visiting lor. For students, they will reply STUDY LOR.. Lor as in LOR and not LAW."

Saturday, 17 March 2012

Anwar, Ibrahim dan Ali

Anwar, Ibrahim dan Ali merupakan tiga orang sahabat yang cukup akrab. Sedari kecil, mereka tidak pernah berpisah. Di mana ada Anwar, di situ ada Ibrahim dan Ali. Bagai aur dengan tebing. Bagai isi dengan kuku.


Satu hari Anwar berkata kepada Ibrahim dan Ali...


"aku ghasa, kita dah tak boleh mencari rezeki kat sini. Apa kata kita bertiga berpindah ke luar negara yang berbeza, cari haluan masing-masing dan cuba mencipta kejayaan masing-masing?"

Satu soalan yang menyentap minda Ibrahim dan Ali. Apakah akhirnya mereka bertiga terpaksa berpisah hanya kerana mencari sesuap nasi?

Setelah difikir dan didebatkan, akhirnya Ibrahim dan Ali terpaksa bersetuju dengan cadangan Anwar.



Maka mereka bertiga naiklah perahu layar dan mula meninggalkan pantai. Makin hari, makin jauh mereka dari daratan. Yang hanya terpampang ialah lautan yang luas. Pada satu malam, badai melanda. Perahu mereka dihanyutkan ke sebuah pulau yang tidak berpenghuni. Besar pulau tersebut, hanya mampu memuatkan mereka bertiga dan ada sebatang pokok kelapa di tengah-tengahnya. Selepas beberapa hari, bekalan makanan dah hampir habis. Mereka mula keletihan dan kepenatan. 


Tiba-tiba Ali menjerit terperanjat kerana kakinya dilanggar sebuah botol kaca yang belum berbuka. Ali mengambil botol tersebut lantas cuba membuka tutupnya. Sebaik sahaja terbuka botol tersebut, keluarlah seekor jin lalu berkata dengan kuatnya...


"Hei manusia.... Setiap seorang dari kamu akan aku tunaikan satu hajat. Satu hajat sahaja.."

Ali memandang Anwar dan Ibrahim untuk dapatkan persetujuan. Setelah mendapatkan kepastian, Ali pun berkata kepada jin tersebut...



"Hoi jin...., bawalah aku ke Eng...."

Belum sempat Ali menghabiskan ayatnya, Ali telah sampai ke England.



Anwar pun mengambil botol tersebut dan berkata...


"Halo jin., hantarkan aku ke Ame..."

Dengan sekelip mata, Anwar sudah berada di Amerika.



Sekarang tiba giliran Ibrahim. Beliau masih terkejut dengan apa yang berlaku, tidak tahu negara manakah yang belau ingin pergi. Direnung jin tersebut sambil mata terkebil-kebil. Jin pun membalas renungan Ibrahim dan berkata..


"Cepatlah buat permohonan. Aku dah bosan melihat matamu yang terkebil-kebil"

Maka dengan segeralah Ibrahim berkata kepada jin..



"jin jin, aku dah bosan ni, takda kawan. Boleh tak kau bawak Anwar dan Ali ke sini semula?"

Friday, 16 March 2012

Politics. Anyone?

Some say that politics is the art of confusing the rakyat. 


When you tell the same lie very often, the rakyat will believe it is the truth.


When their monthly income is derived from politics, they become the servant of their political masters. You can take heart that they will protect their source of income at all cost. I mean at all cost.


They will bark any way. With or without power.



You are always judged by your opponents standards, and you will fail miserably.


They are always better than you. And they make sure that the rakyat are well informed.


They will accuse you of something and asked you to prove otherwise. And when they are accused, they cry slander or conspiracy.



They are good in coming up with a slogan. The best of all is 'FOR THE RAKYAT.' Please take note that they are 'THE RAKYAT'.



When you are active in politics, there is no guarantee that you are a good politician.


When it comes to passing the blame to others, no one can beat the politicians.


You don't have to be well educated to be a politician. As long as you can talk, maneuver with your lies and empty promises, good at deceiving the rakyat, then you are in it.


Sometimes demonstrators and havoc makers go unpunished in order to avoid more demonstrations and chaos.


Make sure you are an asset. The moment you become a liability, you will be sacrificed for another 'yes' man.



When a mouse steel the cheese, the trap is for the entire family. In politics, the whole nation is at stake.


Yesterday, they exposed their opponent's 'scandal' in the "interest of the nation.". And today they swept under the carpet a scandal in the "interest of their party or leader's survival."


When you assume the role of a victim, make sure you'll get a standing ovation for your performance.


For every good that you do, your enemy will highlight two of your wrong doings. If they can't find one, they will crop up something


If you propagates unity, you will be bashed and sidelined as your call for unity does not benefit your party politically.

No matter how meticulous you are, someone will be able to pinpoint your weakness.

You might be an excellent orator, and it might be it just stops at that. 


When you stumbled, your opponents paid you a visit. Actually they wanted to gauge how serious their trap has derailed you.


When you hold a position, you will somehow be a 'yes' man to your political masters as you have your own political agenda to fulfil.


No matter how careful you are with the choice of words or actions, it will be twisted any way. And they excel in that. When twisters hit the ground, you know for certain that it won't be long. But in politics, there is no end in sight.


When you are active in politics, there is no guarantee that you are a good politician.


Politics are for energy suckers.

Tuesday, 13 March 2012

Tip untuk lari dari jurujual.

Anda ternampak tudung yang cantik coraknya, lalu menyinggah untuk melihat harga. Dan jurujual datang menghampiri sambil berkata, "Cantik tudung ni kak. Sesuai dengan warna kulit akak. Tudung ni baru je sampai." Anda cuba tersenyum tetapi senyuman anda menjadi kelat bila anda lihat harga terpampang RM59.90. Anda cuba untuk melenyapkan diri tetapi penjual tu makin hampir dgn anda dan menurunkan tudung tersebut. Apa yang harus anda katakan untuk lepaskan diri? Anda cuba skrip di bawah.....

"dik, ada tudung bawal hitam tak?"



Tanpa anda sedari, anda menghampiri kedai kasut dan anda terlihat sebelah kasut yang menarik bentuknya. Anda pun memasuki kedai dan setiap langkah kamu diperhatikan oleh jurujual. "Cari kasut bangggg.? Sapa jurujual sambil melemparkan senyuman paling manis. Anda terpaksa senyum dan mengelakkan dari menjawab. Hendak jaga ego, anda terus hampiri rak tersebut dan membelek kasut tersebut. Lima minit juga anda membelek sebab anda tak jumpa tanda harga. Jurujual masih berdiri di sebelah dan menunggu penuh harap. Nak tak nak, anda pun bertanya, 'Saya tanya je ya... berapa harga kasut ni? Jurujual pun menunjukkan tanda harga yang terletak di bibir rak. Ranjauan mata anda melihat harga tertera RM249.90. Anda tahu yang anda tidak mampu. Jadi, apakah soalan cepumas untuk lepaskan diri? Cuba skrip di bawah......

"dik, kasut ni ada warna pink tak?"




Anda terlihat sepasang dress yang cukup menarik warna dan coraknya. Designnya memang memenuhi citarasa anda sebagai wanita kampung yang baru nak jadi moden. Anda belek2, pusingkan depan, belakang. anda pun cari cermin utk melihat kesesuain dress tersebut dengan anda. Anda pun tersenyum lebar depan cermin. Dan, jurujual dengan senyap2 sudah berada di sebelah anda. "Nak cuba kak?" Tersentak anda mendengar soalan tersebut. Anda pun kata ya, dan minta ditunjukkan bilik salin pakaian. Selepas 10 minit, anda pun keluar dan ditanya jurujual, "boleh kak? akak nak bayar tunai atau kad kredit?". Anda pun tanya harga dan terus tawar hati kerana harganya di luar kemampuan anda. Jadi, apakah soalan yang anda patut tanya nak lepaskan diri? Cuba skrip soalan di bawah....

"dik, tadi akak nak keluarkan duit kat bawah, atm rosak. kat mana atm paling dekat?"



Yang terakhir. Anda telah membeli sepasang baju kurung dan tudung yang sedondon. Tapi, jurujual masih belum berpuas hati. Jurujual cuba sedaya upaya memujuk anda untuk menambah sepasang lagi baju kurung, atau pun setidak-tidaknya sehelai dua tudung yang sedondon. Anda hampir-hampir tewas dengan rayuan jurujual tersebut. Apakah yang perlu anda kata untuk lepaskan diri? Cuba hafalkan skrip di bawah...

"mak saya pesan, bila beli barang, tinggalkan sedikit untuk orang belakang."


Skrip-skrip di atas biasa saya gunakan untuk melepaskan diri saya atau isteri dari terus terpengaruh dengan rayuan jurujual. Skrip yang terakhir tu biasanya saya cakap bagi pihak isteri.

Monday, 12 March 2012

Suami, Isteri dan Pembantu Rumah.

Tersebut dalam satu kisah purba, tentang kesah sebuah rumahtangga. Si suami merupakan seorang yang alim dan sudah berusia lanjut, manakala isteri hanyalah seorang surirumah yang setia. Kehidupan mereka dikurniakan tiga anak lelaki dan 4 anak perempuan. Kesemua mereka sudah berumahtangga.



Disebabkan kedua ibubapa mereka yang sudah tua, maka anak-anak berpakat mencarikan seorang pembantu rumah. Dengan persetujuan kedua ibubapa, mereka memilih seorang wanita yang tidak berkahwin, dalam lingkungan usia 45 tahun.


Tiada apa-apa perubahan berlaku di awal kehadiran pembantu rumah tersebut. Selang beberapa bulan, si isteri perasan yang suaminya lebih kerap bangun malam. Memang suaminya selalu bangun malam untuk bersolat dan beribadah. Tetapi, kekerapan makin bertambah, dan kadang-kadang terus sampai ke subuh.


Tanpa pengetahuan si isteri dan anak-anak, si suami sudah bernikah dengan pembantu rumah. Si isteri mulai curiga dan takut hendak bertanya. Apabila orang kampung dah mula bercakap dan mengusik, maka timbullah perasaan marah dan merajuk. Sebagai seorang isteri yang setia dan taat, beliau tidak berani bertanya.


Suatu hari, selepas solat maghrib berjemaah, si isteri bertanyakan soalan pada si suami.


Isteri: Bapak kau, saya nak bertanya. Tapi awak jangan marah. Saya dah tak tahan dengan usikan jiran-jiran. Awak ada isteri lain selain dari saya ke?


Isteri muda, aka pembantu rumah, mendiamkan diri di dapur mencuri dengar perbualan yang sedang berlaku. Debaran jantung makin kencang memikirkan apakah akan berlaku kalau pecah rahsia.


Suami: kenapa kamu bertanya soalan macam tu? Apa yang jiran2 dah kata?


Si suami cuba mengelak kerana tidak sampai hati hendak mengecewakan hati isteri yang telah setia bersama selama lebih 50 tahun.


Isteri: saya bertanya sebab ada orang kata yang awak dah nikah lagi seorang. Saya nak mintak awak bersumpah depan saya yang saya sahaja isteri awak.


Isteri muda dah mula berpeluh. Duduk salah, berdiri salah. Semua serba tidak kena. 


Suami: baik. jika awak nak saya bersumpah, saya akan bersumpah.


Maka, si suami dengan penuh ketenangan dan keyakinan, memandang si isteri dengan penuh kasih sayang, lalu berkata.....


"Saya bersumpah yang saya tiada isteri selain yang berada di dalam rumah kita ini"

Thursday, 1 March 2012

No you no us...

It took me sometimes to write this down. My wife has been the pillar of my strength and we've gone through a lot since she came into my life. I can't imagine life without her and our two beautiful children.


Did I disappoint you?
Did I let you down?
You know I love you
Even when I was a clown


I know your fears
You know mine
I've wiped your tears
You've wiped mine


I know you well
I know your smell
And you know how much I love you
I really love you


I took what's mine
I know my rights
Everything's gonna be fine
No need to fright


I am addicted to you
Longing for your touch
I hope you know how much I love you
When we are out of touch


You've been there for me
I know you are the one
You are always beside me
When I need someone


You make me smile
When I was down
I don't go senile
When you are around


When I was down
You push me up
When I just lying down
You wake me up


I am here if you need me
You don't have to look around
Will you miss me?
When I am no longer around


Just
Remember how we met
Remember us
You are my soul mate
No you no us.